Jumpa Wanita Ini Seorang Diri Di Kaki Lima Kedai. Lepas Siasat Ini Puncanya.

| April 20, 2020 | 0 Comments

Jumpa Wanita Ini Seorang Diri Di Kaki Lima Kedai. Lepas Siasat Ini Puncanya. | Seorang wanita warga emas diselamatkan polis malam tadi apabila dia lupa jalan pulang selepas keluar membeli barang di Taman Scientex di Pasir Gudang.

Wanita berusia 74 tahun itu diselamatkan anggota polis yang sedang melakukan rondaan pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kira-kira jam 9 malam.

Dalam satu entri di Facebook Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam malam tadi, wanita itu ditemukan Koperal Mohd Azwan Zainal dan Lans Koperal Muhammad Amirul Syafiq Hasan dari Unit Kereta Peronda Polis (MPV).

Wanita berkenaan ditemukan bersendirian di kaki lima deretan kedai berhampiran sebuah pasar raya bersama beberapa beg plastik berisi barang keperluan.

“Anggota terbabit menghampiri wanita warga emas berkenaan ini dan bertanyakan jika mengalami masalah dan mendapati wanita ini terlupa jalan pulang selepas membeli barangan keperluan.

“Wanita itu tinggal berseorangan dan selepas membeli barangan keperluan dari pasar raya itu, dia kepenatan dan terlupa jalan pulang ke rumahnya yang terletak kira-kira lapan kilometer dari situ,” kata kenyataan itu.

Anggota polis berkenaan berjaya menemui alamat wanita warga emas melalui satu kad rawatan Hospital Sultanah Aminah (HSA) yang dibawanya.

Anggota berkenaan menghantar wanita itu pulang ke rumahnya dan mendapati dia tinggal berseorangan.

Hantaran yang dimuat naik itu mendapat reaksi daripada warganet yang rata-rata memuji tindakan mulia anggota polis terbabit.

Sumber : Mymetro

Tags: , , , , , ,

Category: INFORMASI, KELUARGA, KESIHATAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *