Jurulatih Tampar Pemain Pasukan Bola Tampar. Ini Tindakkan Menteri. | SATU video memaparkan tindakan jurulatih sebuah pasukan bola tampar menampar pemainnya tular di laman media sosial.
Kejadian dipercayai berlaku semasa Kejohanan Bola Tampar Remaja (Bawah 14 tahun) B-14 2022 bagi kategori perempuan pada 16 Disember lalu.
Perlawanan penentuan tempat ketiga itu membabitkan pasukan Melaka menentang Johor di sebuah sekolah di Johor.
Dalam video yang disiarkan secara penstriman langsung di Facebook itu, jurulatih pasukan Melaka dilihat menampar dua pemainnya yang menyebabkan pasukan kehilangan mata sebelum tempoh rehat permainan.
Kedua-dua pemain itu seperti tergamam namun tetap meneruskan permainan yang menyaksikan Melaka tewas kepada Johor.
Dalam pada itu, Timbalan Setiausaha Bahagian Seksyen Sukan, Bahagian Perancangan Strategik Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Dr Pekan Ramli menyifatkan tindakan jurulatih tersebut sebagai keterlaluan.
“Ia satu tindakan yang tidak sepatutnya berlaku terutama dalam kejohanan di peringkat sekolah.
“Menampar pemain depan pemain lain satu perkara yang memberikan kesan sangat negatif kepada pemain. Ini bukan budaya kita,” katanya.
RESPON KPM, Kementerian Pendidikan (KPM) mahu saksi yang terlibat dalam insiden jurulatih menampar pipi pemain bola tampar yang tular di media sosial ketika ini supaya tampil memberi keterangan.
Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dan bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk siasatan lanjut insiden itu.
“Laporan penuh menyusul dan KPM mohon saksi untuk tampil beri keterangan.
“Tekad mewujudkan Sekolah Selamat untuk semua murid akan sentiasa menjadi keutamaan,” ciapnya menerusi Twitter milik beliau, malam ini.
Sebelum ini, tular satu video di media sosial yang memaparkan tindakan seorang jurulatih sebuah pasukan bola tampar menampar pemainnya.
Difahamkan, kejadian itu dipercayai berlaku ketika Kejohanan Bola Tampar Remaja (Bawah 14 tahun) B-14 2022 bagi kategori perempuan pada 16 Disember lalu.
Menerusi video yang disiarkan secara penstriman langsung di Facebook itu, jurulatih pasukan Melaka itu dilihat menampar dua pemainnya yang menyebabkan pasukan kehilangan mata sebelum tempoh rehat permainan.
Turut dipaparkan kedua-dua pemain itu seperti tergamam, namun tetap meneruskan permainan yang menyaksikan Melaka tewas kepada Johor.
Selain itu pandangan seorang Ahli Parlimen wanita, : Tindakan tegas harus diambil terhadap seorang jurulatih lelaki kerana menampar dua pemain perempuan bimbingannya, pada satu kejohanan bola tampar yang rakamannya tular dalam media sosial.
Timbalan Ketua Jawatankuasa Eksekutif Kebangsaan Sosialis Pemuda DAP (DAPSY), Young Syefura Othman, menegaskan jurulatih itu tidak berhak untuk mengasari pemain terbabit yang juga remaja perempuan bawah umur.
Beliau berkata, pihaknya memandang serius perlakuan jurulatih itu yang dipercayai menampar pemain terbabit semata-mata kerana tidak berpuas hati dengan prestasi ditunjukkan.
“Saya memandang serius insiden seorang jurulatih lelaki dewasa skuad bola tampar perempuan bawah 14 tahun Melaka yang menampar dua pemainnya berikutan prestasi tidak memuaskan pada satu kejohanan di Johor, Disember lalu,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, malam tadi.
Young Syefura yang juga Ahli Parlimen Bentong menekankan, perkara seperti itu tidak sepatutnya berlaku dan perlu dihentikan segera daripada menjadi budaya dalam mana-mana cabang sukan.
“Kekerasan tidak menjamin prestasi cemerlang seseorang atlet, malah akan memberi tekanan yang akhirnya memberi impak kepada mental pemain terbabit.
“Sukan adalah bidang yang sihat. Kita tidak boleh membiarkan budaya begini menular dalam bidang sukan,” katanya.
Beliau berkata, jurulatih berkenaan sepatutnya menerima sebarang keputusan dengan terbuka, dan menjadikan ia panduan untuk melatih serta mengenal pasti kelemahan pasukan.
“Jika seorang jurulatih tidak boleh mengawal emosi dan tidak boleh menjadi profesional terhadap anak didiknya, beliau tidak layak untuk menjadi jurulatih,” katanya.
Dalam pada itu, Young Syefura turut berterima kasih atas keprihatinan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh yang segera menghubungi Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, berhubung perkara berkenaan.
Terdahulu, satu rakaman video memaparkan tindakan jurulatih sebuah pasukan bola tampar menampar dua pemainnya, tular dalam media sosial.
Kejadian dipercayai berlaku ketika Kejohanan Bola Tampar Remaja B-14 (Bawah 14 Tahun) 2022 kategori perempuan pada 16 Disember lalu.
Dalam video disiarkan secara penstriman langsung menerusi Facebook itu, jurulatih pasukan Melaka dilihat menampar dua pemainnya ketika perlawanan menentang Johor.
Susulan itu, Persatuan Bola Tampar Malaysia (MAVA) dilaporkan mengambil tindakan tegas menggantung sementara jurulatih terbabit.
MAVA dalam satu kenyataan, semalam, berkata pihaknya akan menubuhkan jawatankuasa siasatan bagi menyiasat insiden itu dengan segera.
Sumber : SH