Kanak-Kanak 4 Tahun Maut Dicampak Dari Tingkat Empat.

| November 28, 2020 | 0 Comments

Kanak-Kanak 4 Tahun Maut Dicampak Dari Tingkat Empat. | Kuala Lumpur: Kanak-kanak berusia empat tahun maut dipercayai dicampak dari tingkat empat apartment di Danau Kota, di sini, hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abd Hamid berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada 8 pagi.

“Siasatan mendapati, suspek warga Nigeria berusia 42 tahun cuba merogol salah seorang anak tirinya yang sedang tidur di ruang tamu namun cuba dihalang oleh isteri dan anak-anak yang lain.

“Anak tiri mangsa berusia 19 hingga 29 tahun itu cuba menghalang suspek berang dengan kejadian itu, suspek mengamuk dan memukul serta menghentak kesemua mangsa yang ada di dalam rumah berkenaan,” katanya.

Nik Ros Azhan berkata, isteri dan anak-anak cuba menyelamatkan diri dan keluar dari rumah untuk dapatkan bantuan jiran dan pengawal keselamatan.

“Melihat mangsa menjerit dan meminta tolong suspek kemudian mengangkat mangsa, membawanya ke tingkap luar bilik utama dan mencampak keluar hingga jatuh ke bawah.

“Suspek juga turut melompat keluar melalui tingkap yang sama.

“Suspek yang cedera tidak dapat melarikan diri dan ditangkap oleh pengawal keselamatan dan orang awam sebelum diserahkan kepada polis.

“Suspek dan mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan sebelum ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksan,” katanya.

Sumber : Metro

Tags: , , , , , ,

Category: INFORMASI, KELUARGA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *