Kanak2 Umur 4 Tahun Maut Selepas Dilanggar Sebuah Kereta.
“Ibu, Fan minta maaf.” Itu kata-kata Muhammad Zulfan Adwa Mohd Zulkifli”
Kuantan: “Ibu, Fan minta maaf.”. Itu kata-kata Muhammad Zulfan Adwa Mohd Zulkifli, 4. Kanak-kanak yang maut selepas dilanggar Perodua Alza ketika menunggang basikal berhampiran Surau Pak Mahat. Perumahan Rakyat Pak Mahat, Jalan Tanjung Lumpur, di sini, semalam.
Ibu tunggal, Nur Aisha Sofea Abdul Mubin, 25, berkata. Permohonan maaf itu diucapkan anak bulan lalu namun dia tidak berasa apa-apa akan berlaku.
Menurutnya, ini kerana dia tidak memarahi anak tunggalnya itu dan menganggap permohonan maaf itu perkara biasa.
Bagaimanapun, katanya, selepas pemergiannya, dia baru menyedari permohonan maaf yang diucapkan Muhammad Zulfan itu adalah isyarat arwah akan meninggalkannya.
“Saya masih ingat semasa Fan meminta maaf dan saya beritahu ibu tidak marah. Ketika itu saya tidak lihat sebarang perubahan.
“Bagaimanapun, saya reda dengan kejadian yang berlaku dan mendoakan yang terbaik buat arwah Fan,” katanya ketika ditemui di Kampung Peramu, di sini, hari ini.
Dalam kemalangan jam 6.30 petang semalam, Muhammad Zulfan Adwa maut selepas dilanggar Perodua Alza.
Kanak-kanak itu yang cedera parah disahkan meninggal dunia ketika dirawat di Wad Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU), Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) pada jam 2.24 pagi tadi.
Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Peramu, di sini, jam 10 pagi.
Nur Aisha Sofea berkata, kebiasaannya arwah akan menunggang basikal dan bermain di sekitar taman di kawasan flat itu pada setiap petang.
Sebab itu dia tidak menegur apabila arwah menunggang basikal semalam kerana itu kebiasaan dilakukannya.
“Pemergiannya amat dirasai termasuk ibu saya, Ruslina Mambong, 52, yang begitu rapat dengan arwah,” katanya.
Sementara itu, Ruslina berkata, keluarganya mengharapkan pemandu terbabit sekurang-kurangnya datang meminta maaf.
Sumber : HM




