KEJAM. Ibu Cungkil Mata Anak, Gunting Dan Makan Lidah Anak. | Rio de Janeiro: Seorang wanita yang mengalami masalah mental membunuh anak perempuannya dengan kejam sebelum mencungkil mata, menggunting dan memakan lidah mangsa.

Bunuh Anak

Daily Star melaporkan Josimare Gomes da Silva, 30, ditangkap di rumahnya kerana membunuh anaknya, Brenda Carollyne Pereira da Silva, 5, di bandar Sao Cristovao di Maravilha, timur laut Alagoas.

Kejadian itu berlaku pada 24 Januari lalu ketika datuk mangsa melihat darah mengalir dari saluran paip luar.

Dia memecah pintu bilik mandi yang terkunci dan mendapati Josimare berada di sebelah mayat cucunya yang tidak bernyawa.

Mata cucunya dicungkil dan lidah mangsa sudah digunting.

Lelaki itu memberitahu polis leher cucunya juga berwarna ungu seolah-olah lebam.

Dia menghubungi polis yang kemudian menahan wanita itu.

Dilaporkan, ketika wanita itu dibawa ke balai polis di kawasan perbandaran Delmiro Gouveia, dia bertindak mengunyah lidah anak perempuannya.

Wanita itu dilaporkan memberikan kenyataan tidak masuk akal kepada polis keesokan harinya dalam beberapa bahasa termasuk Sepanyol.

Dalam kenyataannya, dia menafikan mencungkil mata dan mengunyah lidah anaknya.

Suspek diketahui menderita masalah kesihatan mental termasuk kemurungan dan dipercayai melakukan serangan itu ketika mengalami gangguan jiwa.

Dia kini ditahan di balai polis dan akan dipindahkan ke penjara wanita di Maceio untuk siasatan lanjut.

Sumber : Metro

Share.

Leave A Reply