KEJAM. Pasangan Suami Isteri Guna Pisau, Gunting, Periuk Dera Amah.

| November 25, 2020 | 0 Comments

KEJAM. Pasangan Suami Isteri Guna Pisau, Gunting, Periuk Dera Amah. | Kuala Lumpur: Hanya kerana tidak puas hati dengan prestasi kerja, suami isteri dipercayai mendera pembantu rumahnya sehingga mangsa cedera di seluruh badan.

Bagaimanapun, perbuatan itu terbongkar selepas orang awam membuat laporan polis pada 11 pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, pihaknya bersama sepasukan anggota dari Bahagian Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) Bukit Aman membuat pemeriksaan di rumah pasangan itu di Taman Batu Jinjang, di sini, pada 3 petang, semalam.

“Dalam serbuan itu, kami menyelamatkan seorang wanita warga Indonesia berusia 26 tahun yang bekerja sebagai pembantu rumah selepas dipercayai didera majikannya.

“Ketika ditemui, mangsa didapati mengalami kecederaan teruk di seluruh badan dipercayai akibat didera.

“Kami menahan seorang lelaki berusia 42 tahun serta isterinya, 41, selain merampas pisau, gunting, kerusi serta periuk yang dipercayai digunakan untuk mendera mangsa,” katanya ketika ditemui, hari ini.

Beh berkata, siasatan awal mendapati mangsa bekerja di rumah suspek sejak 13 bulan lalu dan majikan terbabit dipercayai tidak berpuas hati dengan prestasi kerja pembantu rumahnya.

Beliau berkata, selain didera, mangsa turut tidak dibayar gaji dan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menerima rawatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 44 ATIPSOM 2007 dan orang ramai dinasihatkan tidak menggunakan kekerasan terhadap pekerja mereka sehingga mendatangkan kecederaan.

“Jika tidak berpuas hati dengan prestasi kerja mereka, majikan boleh beri nasihat dan jangan menggunakan kekerasan hingga melakukan perbuatan tidak berperikemanusiaan,” katanya.

Sumber : Metro

Tags: , , , , , ,

Category: INFORMASI, JENAYAH, KELUARGA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *