Dalam era digital Pemasar atau Usahawan dituntut untuk terus berinovasi dalam menciptakan content di TikTok yang menarik dan relevan. Oleh itu salah satu strategi pemasaran yang semakin popular adalah dengan hasil kan Content behind the scenes (BTS). Content ini beri perkara baru kepada audiens mengenai proses di balik pembuatan produk atau servis.
Oleh itu ada banyak kelebihan yang boleh pemasar perniagaan manfaat kan dari content Behind The Scenes ini. Hal ini kerana ia seperti jawapan kepada segala persoalan yang ada pada audiens yang melihat “video siap” promotion produk atau servis itu.
Meningkatkan Engagement
Content BTS sering kali lebih simple tapi menarik, dan dapat tingkatkan lagi engagement. Ini kerana content ini buatkan audiens merasa lebih terlibat. Hal ini kerana mereka menjadi tahu apa yang terjadi balik penghasilan video promosi produk yang dibuat.
Malah ia juga boleh dijadi sebagai panduan kepada orang ramai yang mungkin ada business kecilan. Di mana mungkin mereka boleh jadikan video itu sebagai panduan untuk mereka hasilkan video promosi untuk produk mereka.
Menarik Minat Audiens Baru
Dengan penghasilan video content Behind The Scenes (BTS) ini ia ada potensi yang besar untuk cepat diketahui ramai dengan “kuasa viral” yang ada pada masa kini. Content macam ini buatkan mereka yang pertama kali melihat video itu akan menjadi tertarik.
Orang ramai berasa begitu kerana cerita yang terjadi dibalik layer di tambah dengan aspek yang menarik seperti dari segi kreativiti dan inovasi sepanjang proses shooting di lakukan.
Memperkuat Branding
Dalam tidak sedar content ini mampu beri impak pada Branding Perniagaan anda dan bertindak sebagai alat promosi yang baik. Ini kerana ia dapat timbulkan rasa percaya orang ramai terhadap produk atau servis yang di buat.
Ini buatkan identiti jenama perniagaan anda menjadi kuat dan dikenali ramai ditambah orang ramai tahu cara anda berkerja atau servis yang dibuat anda amat berkualiti. Selain di bantu dari segi uniform formal Syarikat yang di pakai crew ketika shooting video produk tersebut.
Justeru segala content di TikTok mampu beri impak yang sendiri jika dapat di manfaat dengan sepenuhnya. Ia tidak hanya boleh dijadi sebagai hiburan sahaja malah menjana keuntungan kepada Perniagaan juga. Oleh itu di dunia serba moden ini harus lebih cakna untuk rebut segala peluang yang ada potensi besar kepada Perniagaan kita.
Anda ada Produk tapi tiada konsep dan idea photoshoot yang menarik dan sesuai. Mari Khalifah Media Networks bantu anda dengan skill dan idea photoshoot yang menarik dan hasil yang berkualiti.
BERMINAT? boleh TEKAN LINK ini sekarang.