Customize Consent Preferences

We use cookies to help you navigate efficiently and perform certain functions. You will find detailed information about all cookies under each consent category below.

The cookies that are categorized as "Necessary" are stored on your browser as they are essential for enabling the basic functionalities of the site. ... 

Always Active

Necessary cookies are required to enable the basic features of this site, such as providing secure log-in or adjusting your consent preferences. These cookies do not store any personally identifiable data.

No cookies to display.

Functional cookies help perform certain functionalities like sharing the content of the website on social media platforms, collecting feedback, and other third-party features.

No cookies to display.

Analytical cookies are used to understand how visitors interact with the website. These cookies help provide information on metrics such as the number of visitors, bounce rate, traffic source, etc.

No cookies to display.

Performance cookies are used to understand and analyze the key performance indexes of the website which helps in delivering a better user experience for the visitors.

No cookies to display.

Advertisement cookies are used to provide visitors with customized advertisements based on the pages you visited previously and to analyze the effectiveness of the ad campaigns.

No cookies to display.

Kematian Yg Dicemburui. ‘Dijemput’ Lepas Imamkan Solat Zohor. | BATAM – Kematian yang dicemburui. Itu yang berlaku ke atas Hasan Basri Tandayong apabila disahkan meninggal dunia ketika selesai mengimamkan solat Zuhur di Masjid Al-Muttaqin, Batam Indonesia pada Isnin.

Kematian

Dalam kejadian itu, Allahyarham dikatakan menjadi imam ganti selepas imam bertugas ada urusan, lapor Tribunnews pada Khamis.

Kejadian itu dirakam kamera litar tertutup (CCTV) masjid berkenaan hingga menjadi bualan hangat penduduk Batam dan warga maya di laman sosial.

Menerusi rakaman itu, Hasan dilihat sudah selesai memimpin solat Zuhur dan sedang berzikir namun secara tiba-tiba Allahyarham rebah ke belakang.

Imam Masjid Al-Muttaqin, Jamal Ghofar, 35, berkata, ramai mencemburui pemergian Allahyarham.

“Masya-ALLAH, sungguh beruntung dia (Hasan) meninggal dalam keadaan baik, tepat setelah selesai menunaikan solat di masjid ini, pada waktu itu dia adalah imam.

“Ada juga yang mengatakan bahawa mereka ingin mati dengan cara yang sama seperti terjadi pada Hasan, saya juga salah seorang daripada mereka,” katanya.

Menceritakan keperibadian, Hasan merupakan seorang bilal selama 10 bulan di masjid tersebut.

Sebelum meninggal dunia, dia sering mempelajari pelbagai doa dalam kehidupan sehariannya dan bertutur jika perlu sahaja.

Sebelum ini, Hasan tidak pernah menjadi imam dan itu adalah tugas pertama dan terakhir menjadi seorang imam.

Hasan merupakan seorang penjual pisang goreng keju di Taman Jodoh, meninggalkan seorang isteri dan tiga anak.

Isterinya, Evi, 54, melahirkan rasa terkejut namun bersyukur pemergian Allahyarham dalam keadaan baik (husnul khatimah).

“Arwah beritahu, dia ingin ke masjid, solat Zuhur. Kemudian selang beberapa jam, saya dapat berita daripada jiran mengatakan arwah pengsan di masjid.

“Saya tidak tahu bagaimana perasaan saya sekarang, saya sedih kerana suami meninggal tetapi pada masa sama, saya bangga kerana suami meninggal dalam keadaan baik (husnul khatimah),” katanya.

Sumber : SH

Share.

Leave A Reply