Kenali Konsep 5P Dalam Marketing Untuk Bisnes Lebih Tersusun
| KHALIFAH MEDIA NETWORKS
Kenapa perlu kenali Konsep 5P dalam marketing untuk bisnes lebih tersusun? Kalau anda baru dalam dunia pemasaran atau sedang nak susun strategi baru ,fahami dulu asas marketing yang paling penting: Konsep 5P.
Model ini dah lama digunakan, tapi masih relevan hingga hari ini, terutamanya untuk bantu bisnes kecil hingga sederhana buat keputusan yang lebih tepat.

Konsep 5P merangkumi:
1. Product (Produk)
Apa yang anda jual? Produk atau servis perlu selesaikan masalah pelanggan, bukan sekadar ikut trend.
Fikirkan apa keunikan produk anda, bahan, fungsi, dan bagaimana ia boleh beri nilai kepada pengguna.
Contoh:
Jika anda jual sabun organik, pastikan ia betul-betul berfungsi, selamat dan mudah digunakan ,bukan sekadar “nampak cantik”.
2. Price (Harga)
Harga perlu sesuai dengan kualiti produk dan kemampuan pelanggan sasaran.
Jangan terlalu murah sampai rugi, dan jangan terlalu mahal sampai orang lari. Kajian pasaran amat penting untuk tentukan harga terbaik.
Tip: Tawarkan harga promosi untuk pelanggan baru atau set bundle untuk naikkan nilai setiap jualan.
3. Place (Tempat / Saluran Jualan)
Di mana pelanggan boleh beli produk anda?
Fizikal? Shopee? Instagram? WhatsApp?
Saluran yang anda pilih akan tentukan sejauh mana pelanggan mudah capai produk anda.
Pastikan: Platform tersebut mudah digunakan dan sesuai dengan sasaran pelanggan anda.

4. Promotion (Promosi)
Ini adalah cara anda menarik perhatian pelanggan termasuk iklan, diskaun, giveaway, atau kerjasama dengan influencer.
Gunakan strategi konten, TikTok, atau emel marketing untuk bina kepercayaan dan tarik pembeli.
5. People (Orang / Pasukan)
Pasukan anda penting!
Sama ada anda usahawan solo atau ada staf, sikap, ilmu dan layanan pelanggan anda memberi kesan besar pada persepsi pelanggan.
Layanan yang mesra dan pantas boleh jadi kelebihan besar dalam pasaran digital sekarang.
Kesimpulan
Konsep 5P bukan sekadar teori ia adalah kerangka penting yang bantu anda susun strategi marketing secara menyeluruh. Bila semua elemen seimbang, bisnes lebih stabil dan pelanggan lebih yakin.

Tak pasti bagaimana nak susun strategi berdasarkan 5P dalam bisnes anda?
Khalifah Media Networks boleh bantu anda tetapkan strategi lengkap berdasarkan produk, pasaran dan bajet anda.
Klik LINK ini sekarang untuk sesi konsultasi percuma & mulakan perancangan bisnes yang lebih tersusun!
Artikel menarik untuk dibaca:



