Kenali Real “Aquaman” Dari Malaysia | Sekarang di pawagam tengah promosi filem Aquaman and The Lost Kingdom (2023). Filem ini juga lebih dikenal sebagai Aquman 2. Ada yang dah tengok filem ini?
(Sumber gambar : Vivien Cumming)
Anyway, hari ni admin nak kongsi tentang Aquaman sebenar. Aquaman ni bukan fiksyen tetapi adalah benar dan wujud. Dan kaum Aquaman ini hanya ada satu sahaja di dunia. Jom kita kenali Aquaman dari Malaysia ini.
ORANG BAJAU AQUAMAN SEBENAR
Untuk makluman, Orang Bajau Laut telah berlayar di laut-laut Asia Tenggara lebih 1,000 tahun lamanya. Makanan laut adalah sumber makanan mereka. Leluhur mereka yang pernah hidup sebagai pemburu-pengumpul (hunter-gatherer) tidak memancing untuk menangkap ikan. Tetapi, mereka menyelam ke dalam lautan hingga lebih 70 meter tanpa sebarang bantuan peralatan. Mereka menghabiskan 60% seharian mereka di bawah laut. (Tengok Youtube Kisah Pak Harun Ini)
SAIZ LIMPA LEBIH BESAR
Budaya hidup, amalan dan persekitaran orang Bajau Laut turun temurun membuatkan mereka memiliki gen saiz limpa (spleen) yang besar. Saiznya adalah 50% lebih besar daripada penduduk yang berbudayakan daratan.
Apabila kita menyelam dan menahan nafas, limpa kita akan mengecut. Apabila limpa mengecut, ia akan melepaskan sel darah. Lalu meningkatkan kadar oksigen dalam tubuh kita supaya kita dapat menahan nafas di dalam air.
DAPAT MENYELAM SEHINGGA 13 MINIT !
Limpa yang besar memberikan keupayaan kepada orang Bajau Laut melepaskan takungan oksigen yang besar. Ini membolehkan mereka menyelam dalam tempoh yang lama hingga 13 minit. Manusia normal seperti kita secara purata hanya dapat bertahan sekitar 1 minit hingga 2 minit.
Selain daripada saiz limpa yang besar, terdapat gen lain yang membuatkan regulasi oksigen dalam tubuh orang Bajau Laut begitu cekap. Oksigen ini akan banyak disalurkan ke organ-organ penting seperti otak, paru-paru dan jantung. Perkara ini juga menyumbang keupayaan menyelam yang berkesan kepada orang Bajau Laut.
BOLEH KAWAL KANDUNGAN KARBON DIOKSIA
Selain itu, orang bajau juga mempunyai gen untuk menjaga kandungan karbon dioksida dalam darah. Gen ini juga penting untuk pernafasan ketika menyelam. Real Aquaman 🔥. Contoh sebenar: Kisah Pak Harun Pendengar Ikan Paling Power Di Dunia.
Sumber : FB Zamir Mohyedin via Khalifah Media Networks