Kenapa Funnel Jualan Tak Jalan Walaupun Trafik Tinggi?

| KHALIFAH MEDIA NETWORKS

Kenapa funnel jualan tak jalan walaupun trafik tinggi? Ramai usahawan dan pemilik bisnes berbangga bila trafik ke website atau media sosial semakin meningkat. Tapi, bila tengok hasil jualan,masih suam-suam kuku.
Kenapa ini berlaku?

Jawapannya mungkin terletak pada struktur funnel jualan anda, bukan semata-mata jumlah pelawat.

Funnel (atau corong jualan) bukan sekadar tarik orang masuk,ia perlu memujuk, memimpin dan meyakinkan hingga mereka buat keputusan membeli. Jom semak kemungkinan silapnya di mana.

1. Tarik Trafik Yang Tak Tepat

Banyak trafik tak bermaksud banyak pelanggan. Mungkin pelawat yang datang bukan target market sebenar. Kalau iklan atau konten anda terlalu umum, anda akan tarik perhatian orang yang sekadar lalu, bukan yang berminat untuk beli.

Tips: Semak semula mesej iklan dan siapa audiens anda. Pastikan ia spesifik dan selari dengan produk anda.

2. Tiada Penjelasan Nilai Yang Jelas

Bila orang klik, mereka akan tanya: “Apa manfaat untuk aku?”
Jika landing page, caption atau video anda tak jelas tunjuk faedah produk, mereka tak akan ambil tindakan.

Tips: Gunakan headline yang jelas dan fokus pada ‘benefit’, bukan hanya ciri produk.

3. Tiada ‘Call To Action’ Yang Kuat

Ramai pengunjung mungkin berminat, tapi tak tahu nak buat apa selepas itu. Bila tiada arahan jelas (“Tekan sini”, “Dapatkan sekarang”), mereka akan berlalu pergi.

Tips: Letakkan CTA yang mudah, jelas dan meyakinkan di setiap peringkat funnel.

4. Funnel Terlalu Panjang atau Berserabut

Jika funnel terlalu banyak langkah, atau terlalu rumit, orang akan hilang sabar. Contohnya, mereka perlu isi borang panjang atau perlu klik terlalu banyak kali , ini menurunkan conversion.

Tips: Permudahkan proses. Kurangkan friction dan jadikan pengalaman pengguna lebih cepat & selesa.

5. Tiada ‘Trust Factor’

Kalau pelawat ragu-ragu dengan kredibiliti jenama anda ,mereka takkan beli. Tiada testimoni, tiada social proof, tiada info syarikat ,ini semua boleh menyebabkan mereka lari.

Tips: Tampilkan testimoni, review, nombor telefon, dan bukti sosial yang bantu bina keyakinan.

Kesimpulan

Trafik yang tinggi adalah bagus, tapi kalau funnel anda bocor, ia umpama air masuk tapi keluar semula.
Pastikan anda audit setiap peringkat dari iklan, mesej, hingga ke butang beli. Kecilkan jurang dari “berminat” kepada “membeli”.

Skrip Iklan Ringkas Tapi Power untuk Content TikTok

Nak kami bantu audit funnel anda dari A hingga Z?
Khalifah Media Networks boleh bantu susun semula strategi iklan, konten dan halaman jualan supaya lebih kemas, ringkas dan berkesan.
Klik LINK ini dan mula ubah trafik tinggi anda jadi jualan sebenar hari ini!

Artikel menarik untuk dibaca:

Contoh Surat Akuan Sumpah Pemilikan Kedai

Contoh Surat Penukaran Alamat Emel TM

Share.

Leave A Reply