Kenapa Ramai Online Seller Tak Ada Repeat Customer?

| KHALIFAH MEDIA NETWORKS

Kenapa ramai online seller tak ada repeat customer? Anda dah buat live setiap minggu. Iklan pun dah boost. Tapi peliknya , pelanggan yang beli, tak datang balik. Ramai online seller alami masalah ini. Jualan masuk, tapi tak berulang. Produk tak viral-viral. Platform makin sunyi. Masalah bukan semata-mata pada produk, tapi pada pengalaman pelanggan selepas pembelian.

Jom kita bongkar kenapa ramai seller online susah nak dapat pelanggan yang datang semula.

1. Layanan Selepas Jualan Tiada

Ramai penjual terlalu fokus nak close sale, tapi terlupa untuk follow-up selepas itu.
Tiada ucapan terima kasih, tiada mesej “harap anda suka produk ni” , pelanggan rasa mereka dilayan macam nombor, bukan manusia.
Pelanggan suka rasa dihargai. Bila layanan berakhir selepas bayaran, mereka tak rasa perlu datang semula.

2. Tiada ‘Wow Factor’ Dalam Packaging atau Pengalaman Unboxing

Pelanggan sekarang suka pengalaman  bukan sekadar produk.
Kalau bungkusan biasa-biasa, tiada mesej ringkas, tiada ‘free gift’ kecil atau nota peribadi — pelanggan akan lupa anda sebaik saja buka parcel.
Sedangkan ini ruang emas untuk buat mereka ingat dan share tentang jenama anda.

3. Tak Pernah Follow-Up Guna Email, DM atau Broadcast

Kalau pelanggan pernah beli, jangan biar mereka senyap lama.
Guna email marketing, DM atau WhatsApp broadcast untuk kekal dalam radar mereka.
Kongsikan tips, produk baru atau diskaun khas pelanggan sedia ada.
Pelanggan lama lebih mudah beli semula kalau anda ‘wujud’ dalam hidup mereka.

4. Tak Ada Sebab Untuk Datang Balik

Pelanggan beli sekali, terus tak nampak sebab nak beli lagi.
Apa kata wujudkan:

  • Sistem keahlian (loyalty)

  • Kod diskaun untuk pembelian kedua

  • Free shipping untuk pelanggan ulangan

  • Program referral

Dengan adanya ‘insentif kecil’, pelanggan akan rasa dihargai & seronok untuk datang balik.

5. Branding Tak Kuat, Produk Tak Diingati

Kadang-kadang bukan sebab pelanggan tak suka  tapi mereka tak ingat siapa anda.
Branding yang lemah, logo tak konsisten, dan gaya komunikasi berbeza-beza buatkan mereka tak dapat cam jenama anda.
Dalam dunia penuh persaingan, jenama yang jelas akan kekal dalam fikiran.

Kesimpulan

Nak pelanggan datang sekali tu mudah. Tapi nak buat mereka datang semula, kena bina pengalaman yang buat mereka rasa berbaloi dan dihargai.
Jangan kejar viral semata  kejar hubungan yang konsisten dan jujur dengan pelanggan sedia ada.

Skrip Iklan Ringkas Tapi Power untuk Content TikTok

Anda nak strategi lengkap untuk tingkatkan pelanggan ulangan  dari automasi, loyalty program sampai branding yang padu?
Khalifah Media Networks sedia bantu anda bina sistem jualan yang bukan saja tarik pelanggan baru, tapi jaga pelanggan lama dengan lebih bijak.

Klik LINK ini untuk mula bina bisnes yang lebih stabil dan berulang!

Artikel menarik untuk dibaca:

Strategi Pemasaran Instagram Reels untuk Perniagaan Kecil

Menggunakan Gamifikasi dalam Pemasaran Digital

Share.

Leave A Reply