Kes Pukul Di Sekolah Sungai Petani. Ini Hukuman Yg Dikenakan.
“Hukuman tegas gantung dan buang sekolah sudah diambil ke atas pelajar yang bersalah semalam.”
Alor Setar: Lima pelajar sebuah sekolah menengah di Sungai Petani. Dibuang manakala tiga lagi digantung selepas didapati terbabit dalam insiden pergaduhan, Isnin lalu.
Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah dalam kenyataan berkata. Pihaknya mengambil serius insiden pergaduhan itu yang membabitkan sekumpulan pelajar.
Katanya, pihak sekolah juga sudah selesai menjalankan siasatan dalaman yang dilakukan secara menyeluruh.
“Hukuman tegas gantung dan buang sekolah sudah diambil ke atas pelajar yang bersalah semalam.
“JPN Kedah menegaskan tiada kompromi terhadap isu buli, keganasan dan salah laku pelajar,” katanya.
Dalam pada itu, JPN turut menasihatkan semua institusi pendidikan di negeri ini diminta mematuhi prosedur pengurusan disiplin semasa, mengutamakan keselamatan murid dan melaksanakan intervensi pencegahan bagi memastikan kesejahteraan seluruh warga pendidikan terpelihara.
Media sebelum ini melaporkan, polis menahan empat pelajar untuk membantu siasatan berhubung kejadian seorang pelajar lelaki dipukul hingga pengsan.
Mangsa kemudian ditemui di dalam tandas asrama sekolah berkenaan.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan dilaporkan berkata, ibu mangsa menerima panggilan daripada guru sekolah itu Isnin lalu pada jam 9.05 pagi memaklumkan anaknya ditemui pengsan dalam tandas.
Beliau berkata, anaknya kemudian dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk mendapatkan rawatan.
BERITA TERDAHULU
Sungai Petani: Polis menahan empat pelajar untuk membantu siasatan. Berhubung kejadian seorang pelajar lelaki dipukul hingga pengsan sebelum ditemui di dalam tandas asrama sekolah, di sini.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, ibu mangsa menerima panggilan daripada guru sekolah itu pada jam 9.05 pagi, Isnin lalu, memaklumkan anaknya ditemui pengsan dalam tandas sekolah.
Beliau berkata, mangsa kemudian dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim untuk mendapatkan rawatan.
“Ibu mangsa memaklumkan anaknya memberitahu dia dipukul oleh beberapa pelajar pada jam 12.10 tengah malam, Isnin lalu, sehingga pengsan.
“Hasil siasatan mendapati kejadian berlaku di dalam asrama sekolah berkenaan.
“Punca kejadian dipercayai mangsa dikatakan memburukkan rakan kepada salah seorang pelajar terbabit dan suspek kemudian mengajak tiga lagi rakannya untuk mencari mangsa sehingga menyebabkan pergaduhan berlaku,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Hanyan berkata, empat pelajar berusia 16 hingga 17 tahun kemudian ditahan polis untuk membantu siasatan berhubung kejadian itu.
Bagaimanapun, katanya, hanya seorang pelajar berusia 16 tahun direman di Mahkamah Sungai Petani untuk membantu siasatan manakala tiga yang lain dilepaskan.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan,” katanya.
Sumber : HM




