Tikam Di sekolah

Kes Tikam Di Sekolah. Ini Luahan Ibu Mangsa slps Pengebumian Anaknya.

“Kami amat tersentuh dengan curahan kasih sayang, sokongan dan kehadiran semua sepanjang tempoh yang amat memilukan ini.”


 

KUALA LUMPUR: Ibu kepada Yap Shing Xuen, 16. Remaja yang yang maut ditikam di sekolah di Bandar Utama, Petaling Jaya minggu lalu. Merakamkan penghargaan kepada semua pihak atas sokongan dan ucapan takziah buat keluarga.

Dalam kenyataan bertulis dikeluarkan selepas pengebumian anak perempuannya itu, Wong Lee Ping, berkata. Limpahan kasih sayang dan keprihatinan masyarakat menjadi sinar buat keluarganya dalam mengharungi detik paling sukar itu.

“Kami amat tersentuh dengan curahan kasih sayang, sokongan dan kehadiran semua sepanjang tempoh yang amat memilukan ini.

“Keprihatinan anda menjadi cahaya yang menerangi hari-hari paling gelap kami,” katanya.

Lee Ping turut menyampaikan penghargaan mendalam kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah, ahli Parlimen, wakil sekolah, guru, pelajar, saudara-mara serta sahabat pelbagai kaum atas doa, sokongan dan keprihatinan mereka.

“Sekiranya ada nama tidak disebut, ketahuilah bahawa kebaikan anda tidak kami lupakan.

“Setiap jasa, besar atau kecil, akan sentiasa dikenang oleh keluarga kami.

“Sokongan anda memberi kami kekuatan, kehadiran anda membawa ketenangan, dan doa anda membantu kami terus tabah,” katanya.

Semalam, ratusan ahli keluarga dan sahabat handai hadir memberi penghormatan terakhir kepada Shing Xuen ketika kerandanya dibawa ke krematorium di Pusat Memorial Nirvana, Shah Alam.

Sebagai penghormatan terakhir. 100 belon biru dan putih, warna kegemaran mendiang dilepaskan ke langit sebagai simbol kasih dan kenangan terhadap remaja itu.

Sementara itu, polis mengesahkan tempoh reman suspek yang juga seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun. Disambung tujuh hari lagi bagi membantu siasatan.

 

Sumber : BH

Share.
Leave A Reply