Kes Tikam Di Sekolah. Pelajar Sekolah Cerita Detik Cemas Ketika Kejadian Berlaku.
“Dia (suspek) masuk sekejap saja. Masuk dan tunjuk pisau, tapi tak acu dan ugut kami yang lain.”
PETALING JAYA – “Terkejut, berdebar bila nampak pelajar lelaki itu masuk ke kelas kami dengan memegang pisau. Itu perkongsian seorang pelajar Tingkatan Satu sebuah sekolah menengah di Bandar Utama di sini semasa menceritakan detik mencemaskan kejadian kes tikam yang berlaku pada Selasa.
Pelajar enggan dikenali itu berkata, terdapat kesan darah di pisau, tangan dan baju pelajar terbabit.
“Dia (suspek) masuk sekejap saja. Masuk dan tunjuk pisau, tapi tak acu dan ugut kami yang lain. Lepas itu dia keluar semula… waktu itu kami rasa berdebar-debar.
“Saya tidak mengenali dia. Setahu saya dia ini seorang yang pendiam,” katanya ketika ditemui selepas sesi persekolahan pada Selasa.
Sementara itu, seorang lagi pelajar berkata, dia terdengar suara jeritan pelajar perempuan di tandas aras bawah dari kelasnya di tingkat tiga sebelum melihat seorang pelajar berlari turun ke bawah.
“Saya lihat ada budak lelaki berlari seperti mahu turun ke bawah (dipercayai untuk membantu). Pada mulanya saya ingatkan ada pelajar kena marah dengan cikgu atau ada kejadian lain.
“Sebelum itu juga saya ada nampak budak lelaki (dipercayai suspek) memegang senjata pisau,” katanya.
Terdahulu, seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun maut ditikam pelajar lelaki berusia 14 tahun. Dalam kejadian di kawasan tandas perempuan di sekolah berkenaan kira-kira 9.10 pagi.
KEJADIAN BERLAKU DI TANDAS
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat berkata. Kejadian kira-kira jam 9.10 pagi itu berlaku di kawasan tandas pelajar perempuan sebelum disedari seorang guru yang mendengar bunyi jeritan.
Menurutnya, polis yang dikejarkan ke lokasi telah menahan seorang pelajar lelaki Tingkatan Dua berusia 14 tahun yang disyaki terlibat dalam kejadian tersebut.
“Kita telah merampas dua senjata tajam yang dipercayai digunakan dalam kejadian ini,”. Katanya ketika ditemui pemberita di hadapan sekolah terbabit pada Selasa.
Shamsudin berkata. Mangsa mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan dan mayatnya dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat.
“Suspek telah ditahan dan akan direman esok (Rabu) di Mahkamah Petaling Jaya untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.
Katanya lagi, tiada pelajar lain yang dilaporkan cedera atau menjadi mangsa dalam kes tersebut.
Sekolah berkenaan mendapati penjaga serta ibu bapa pelajar lain memenuhi kawasan hadapan pintu pagar sekolah bagi mengetahui perkembangan terkini mengenai insiden itu.
Sumber : SH




