Kes Wanita Curi Milo. Tindakkan Jutawan Ini Buat Ramai Orang RESPEK. | Baru-baru ini kita dikejutkan dengan seorang wanita dikenakan hukuman penjara selama 14 bulan selepas dia mengaku bersalah di mahkamah di atas mencuri barangan di sebuah pasaraya. Ini merupakan kali ketiga dia melakukan kesalahan tersebut.

Majistret Engku Nurul Ain Engku Muda memerintahkan hukuman demikian selepas tertuduh, Suhaini Mohd, 43, yang juga penagih dadah membuat pengakuan bersalah selepas kertas pertuduhan dibacakan.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa mencuri dua paket minuman coklat jenama Milo di sebuah pasar raya di daerah ini.

Perbuatan berkenaan didakwa dilakukan tertuduh pada pukul 11.20 pagi pada 25 Mei lalu.

Berdasarkan fakta kes, pemilik pasar raya berkenaan telah mengesan aksi mencurigakan Suhaini disyaki mencuri menerusi rakaman televisyen litar tertutup (CCTV).

Dia didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda jika sabit kesalahan

Suhaini sebelum ini mempunyai tiga rekod jenayah mencuri barangan pasar raya pada tahun 2019 dan 2021.

Bagaimanapun seorang lelaki tampil untuk membantu wanita tersebut. Lelaki tersebut ialah Tuan Muhammad Azlan Al-Amin. Di bawah merupakan luahan beliau di Facebook milik beliau. :

Saya sudah menghubungi dan mengarahkan peguam terkenal, Dato Dato Naran Singh supaya esok beliau terus membuat permohonan penangguhan hukuman penjara 14 bulan ke atas wanita ini atas kesalahan mencuri milo.

Saya sama sekali tidak menyokong tindakan salah wanita terbabit yang disabitkan kesalahan mencuri,salah tetap salah! Apatah lagi beliau terjebak masalah sosial yang tidak sepatutnya!

Cuma saya simpati kepada nasib anak anak beliau yang masih kecil,dan berharap dapat dipinda kepada hukuman lain yang mudah mudahan ianya menjadi satu pengajaran kepada beliau.

Saya juga berhasrat untuk membantu wanita ini membina kehidupan baru yang lebih baik,murni dan mulia.

Setiap manusia tak sunyi dari salah silap.Salah tetap salah,dan mahkamah yang mulia berhak menjatuhkan hukuman sewajarnya sebagai satu bentuk keadilan sekaligus pengajaran kepada pesalah.

Cuma saya berharap,beliau diberi sedikit ruang dan bimbingan oleh kita semua untuk beliau berubah menjadi insan berguna.

Jangan kita hanya melihat kepada bilis bilis saja yang patut menerima hukuman,sedangkan berapa banyak lagi jerung jerung di luar sana yang masih bebas meskipun berjuta atau berbilioan duit negara “digelapkan”

Pada wanita ini,beliau perlu dibimbing. Jika kita semua terus mengecam dan tidak menyokong wanita ini memulakan serta membina hidup baru,sampai bila pun dia akan terus berada dalam kegelapan.

Sumber : FB Muhammad Azlan Al-Amin

Share.

Leave A Reply