Ini Pertanyaan Mateen adik kepada Zayn Yang Buat Ramai Orang SEBAK. | KHALIFAH MEDIA NETWORKS : Petaling Jaya: “Mommy, Daddy mana?” Itu pertanyaan adik kepada kanak-kanak autisme. Zayn Rayyan Abdul Matiin yang meninggal dunia akibat dibunuh tahun lalu.
Ia selepas ibu bapa kanak-kanak terbabit ditahan polis. Dan kini dalam reman bagi membantu siasatan pembunuhan Zayn mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
MENCARI IBU BAPANYA
Datuknya, Zahari Mohd Reba berkata. Sehingga kini cucunya, Mateen masih mencari ibu bapanya yang tidak bersamanya.
Menurutnya, dia banyak termenung dan tidak berapa ceria seperti ketika ibu bapanya ada bersama.
“Mateen juga kurang berselera makan nasi dan hanya menjamah ayam goreng.
“Namun Insya-Allah kami tetap akan menjaga Mateen,” katanya ketika dihubungi Harian Metro hari ini.
REMAN DISAMBUNG
Semalam dilaporkan polis menyambung reman ibu bapa kepada kanak-kanak autisme. Zayn Rayyan Abdul Matiin bagi membolehkan siasatan lanjut diteruskan terhadap kedua-dua mereka.
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan dilaporkan berkata, pasangan itu akan direman enam hari sehingga 13 Jun ini.
Mayat Zayn Rayyan ditemui di saliran air kira-kira 200 meter dari rumahnya pada jam 9 malam 6 Disember lalu.
Mangsa kemudian disahkan dibunuh berdasarkan hasil bedah siasat yang menemui kesan kecederaan pada leher dan badannya.
Sehari sebelum itu, polis mengesahkan pihaknya menerima laporan kehilangan kanak-kanak terbabit pada jam 6.30 petang oleh keluarganya.
LAPORAN TERDAHULU
Peguam baharu ibu bapa kanak-kanak lelaki autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin memaklumkan sedang berusaha untuk bertemu mereka yang kini dalam tahanan reman.
Bekas Timbalan Pendakwa Raya itu, Fahmi Abd Moin berkata, beliau sedang berusaha untuk bertemu orang yang disyaki (OYDS) hari ini atau esok.
“Buat masa ini belum dapat berjumpa dan saya tengah berusaha untuk bertemu OYDS (ibu bapa Zayn).
“Saya juga belum ada maklumat sama ada mereka akan disambung reman atau tidak,” katanya ketika dihubungi.
DILANTIK SEBAGAI PEGUAM BAHARU
Terdahulu semalam beliau mengesahkan dirinya dilantik sebagai peguam baharu mewakili ibu bapa kanak-kanak lelaki autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang ditahan polis Jumaat lalu bagi membantu siasatan kes pembunuhan.
Datuk Zayn, Zahari Mohd Reba turut mengesahkan peguam baharu yang dilantik pihaknya adalah Fahmi yang juga bekas Timbalan Pendakwa Raya.
Sebelum ini pasangan itu diwakili Mahmud Jumaat dari Tetuan Emir Mahmud & Co sebelum beliau memaklumkan dirinya tidak lagi mewakili ibu bapa Allahyarham Zayn Rayyan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.
Sebelum ini, Mahmud dilantik keluarga ibu bapa Zayn Rayyan selepas pasangan berusia 28 tahun itu ditahan polis di kediaman keluarga mereka di Puncak Alam Jumaat lalu.
Sumber : HM