Kes Adik Zayn. Ini Komen Ketua Polis Selangor. | KHALIFAH MEDIA NETWORKS : Selepas ibu bapa Zayn Rayyan diikat jamin RM20,000 di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya hari itu. Ramai rakyat Malaysia ternanti-nanti apa keputusan kes ini. Kes ini belum selesai dan ini kata-kata Ketua Polis Selangor.

zayn

“Kita dah tuduh, tunggu hari perbicaraan,” demikian kata Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan.  Ketika ditanya mengenai maklumat terkini kes pembunuhan kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin pada Isnin.

Sebutan semula kes ibu bapa Zayn Rayyan. Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf yang didakwa di Mahkamah Sesyen pada 13 Jun lalu. Atas tuduhan mengabaikan kanak-kanak itu dengan cara yang mungkin menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal telah ditetapkan pada 26 Julai ini.

IKAT JAMIN RM20,000

Ibu bapa mangsa, Zayn Rayyan Abdul Matiin membayar ikat jamin RM20,000 di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya pada hari yang sama.

Pasangan yang masing-masing berusia 29 tahun ini bagaimanapun mengaku tidak bersalah. Sejurus pertuduhan dikemukakan terhadap mereka di hadapan Hakim Dr Syahliza Warnoh.

Mengikut pertuduhan, suami isteri itu didakwa sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap kanak-kanak berusia enam tahun itu. Mengabaikannya dengan cara yang mungkin akan menyebabkan kecederaan fizikal.

Hakim kemudian membenarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin kepada setiap tertuduh dengan syarat tambahan melaporkan diri di balai polis setiap bulan serta tidak mengganggu saksi pendakwaan.

Tiada syarat pasport kerana dokumen perjalanan tertuduh terbabit sudah tamat tempoh.

Dalam pada itu, Mahkamah Sesyen pada 13 Jun lalu memutuskan hanya pihak terbabit prosiding pengabaian kanak kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin, ‘terikat’ dengan ‘gag order’ atau perintah larangan bersuara supaya tidak mengeluarkan kenyataan membabitkan kes berkenaan.

Hakim Dr Syahliza Warnoh, membuat keputusan itu selepas peguam Fahmi Abd Moin mewakili bapa Zayn Rayyan, Zaim Ikhwan Zahari, yang berdepan tuduhan pengabaian berkenaan, memohon orang ramai dikenakan ‘gag order.’

Dipetik daripada ASTRO AWANI.

BERITA TERDAHULU

Mempunyai perwatakan kanak-kanak autistik antara faktor adik kepada Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin perlu diberi perlindungan dan penjagaan khas oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata buat masa kini, mahkamah telah memberikan perintah penjagaan sementara kanak-kanak itu selama dua bulan sehingga 9 Ogos depan kepada JKM.

Nancy berkata, keadaan semasa kanak-kanak itu yang tidak boleh bertutur memerlukan pemerhatian dan penjagaan khusus.

PERLUKAN PEMERHATIAN

“Saya difahamkan adiknya pun tidak dapat bercakap jadi memerlukan pemerhatian dan penjagaan khusus dan dia ditempatkan di rumah pelindungan kami. Bukan melabel dirinya autistik namun karakter tersebut ada.

“Dan sementara menunggu keputusan dari mahkamah kita menempatkannya di rumah lindungan kami. Sementara menunggu senarai dan menyerahkannya kepada orang yang layak dan sesuai, kita telah membawanya ke mahkamah,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Autism Empowerment Week di Borneo Cultural Museum.

Ujar Nancy, JKM masih dalam proses mengenal pasti orang yang layak dan sesuai (OYLS). Untuk diberi kuasa penjagaan kepada adik Zayn Rayyan.

TELAH SENARAI BEBERAPA NAMA

Pihaknya bagaimana pun telah menyenarai pendek beberapa nama mereka.

“Walaupun OYLS ini memiliki kuasa mutlak untuk menjaga namun sifat dan tempoh penjagaannya adalah berstatus sementara.

“OYLS ini akan diberi kelulusan secara mutlak untuk menjaga nanti. Namun akan diberi tempoh sementara juga untuk melihat keserasian.

“Kita akan pastikan OYLS dan anak tersebut diberi tempoh bersama. Bergantung kepada keserasian mereka sama ada dalam tempoh dua minggu atau dua bulan dan kita akan memantau dari semasa ke ssemasa,” ujarnya.

Tambah Nancy, terdapat kriteria tertentu untuk seseorang individu menjadi OYLS untuk mendapat kuasa penjagaan mutlak.

“Namun begitu, kami harus berhati-hati untuk menyerahkan kepada OYLS. Kerana anak ini terdapat ciri-ciri khas dan tidak semua penjaga dapat memelihara anak yang mempunyai ciri-ciri autisme dan dia perlu dipantau dengan rapi,” ujarnya.

Share.

Leave A Reply