Kisah Biodata Johan Ghazali ‘Jojo’ Juara One Championship Yang Ramai Tak Tahu | Pada 9 Disember 2023,  Pejuang Muay Thai Malaysia, Johan Ghazali ‘Jojo’ sekali lagi tular apabila beliau berjaya menumpaskan pencabar dari Mexico, Edgar Tabares melalui pukulan (KO) dalam masa 36 saat sahaja di MuayThai Primetime US, ONE Championship 2023, Bangkok, Thailand. Kejayaan beliau ini sekali lagi telah mengharumkan nama negara Malaysia di persada dunia.

Walaupun nama Johan menjadi sensasi di media sosial sejak Februari tetapi masih ramai lagi yang tidak tahu tentang beliau. Jadi siapa atlet muay thai Malaysia ini? Ayuh kita lihat kisah biodata Johan Ghazali ‘Jojo’ Juara One Championship yang masih ramai tak tahu.

 

KEHIDUPAN AWAL DAN PENDIDIKAN

Muhammad Johan Ghazali atau digelar sebagai Jojo merupakan seorang bintang muda dalam sukan Muay Thai Malaysia. Jojo lahir pada 11 November 2007 di Kuala Lumpur dan menetap di Sarawak. Beliau adalah anak kedua dari empat orang adik beradik. Beliau juga adalah anak kepada pasangan Zulfikar Moh Ghazali (bapa), 47 tahun dan Jennana Johnson (ibu), 45 tahun.  Oleh kerana ibu bapanya, beliau memiliki darah campuran Malaysia melalui ayahnya dan Amerika Syarikat (AS) pula melalui ibunya.

Johan mendapat pendidikan awal di sekolah rendah dan Sekolah Menengah Kebangsaan, SMK St Thomas, Kuching. Seawal 1o tahun lagi, beliau telah pun bergiat aktif  dalam dunia sukan Muay Thai. Ini kerana beliau ingin mengikuti jejak langkah orang tuanya yang juga merupakan pengamal seni bela diri ‘Muay Thai’. Apa yang menariknya lagi adalah kesemua anggota keluarga juga turut terlibat dalam bidang yang sama. Ini termasuklah adik beradiknya iaitu Elias Ghazali Zulfikar (abang), Muhammad Mikail Ghazali Zulfikar (adik lelaki) dan Emylia (adik perempuan). Bakat beliau diasah dan digilap dengan menyertai banyak tournament dalam dan luar negara.

 

PENCAPAIAN JOHAN GHAZALI ‘JOJO’ DALAM MUAY THAI

Pada tahun 2022, beliau pernah menggegarkan arena Muay Thai apabila Johan dinobatkan sebagai juara dalam Kejohanan Muay Thai Remaja Dunia IFMA 2022 pada usia 15 tahun  selepas mengalahkan peserta lawan dari negara Rusia, Rustam Yunusob.

Seterusnya pada 24 Februari 2023, nama beliau semakin popular apabila beliau telah berjaya menumpaskan tuan rumah dalam penampilan sulung Kejohanan ONE Championship di Bangkok. Tuan rumah yang diwakili Padetsuk Fairtex, ditumpaskan dengan mudah oleh Johan dalam hanya 16 saat sahaja menerusi pukulan (KO). Kejayaan itu membawanya meraih ganjaran wang tunai berjumlah 10,000 USD (RM45,000).

Pada 26 Mei 2023, beliau mencatat kemenangan buat kali kedua apabila menjatuhkan lawannya, Tai Sor Jor Piek Uthai Vietnam, 24 melalui pukulan ‘knockout’ (KO). Kemenangan ketiga dicatat lagi apabila beliau berjaya menumpaskan Samurai Seeopal, 18 dalam gelanggang ONE Championship di Thailand pada 14 Julai 2023.

Pencapaian beliau tidak berakhir disitu. Pada 6 Oktober 2023, nama beliau sekali lagi disebut-sebut apabila beliau berjaya menumpaskan lawan dari Rusia, Temirlan Bekmurzaev dalam acara ONE Friday Fight 36 di Bangkok. Dengan kecemerlangan yang ditunjukkan oleh bintang muda ini, ONE Championship seterusnya memberikan kontrak bernilai 100,000 USD (RM473,507) kepada beliau.

VIDEO DALAM INTERVIEW BANYAK INSYAALLAH DAN ALHAMDULILLAH

Antara pencapaian lainnya termasuklah Pingat Emas dalam Asian Games di Abu Dhabi pada tahun 2019, Pingat Perak dalam World Muaythai Championship di Turki dan dua Pingat Perak di Bangkok, Thailand. Walaupun Jojo telah banyak kali merangkul kejayaan, beliau tetap humble. Beliau pernah, “Saya kuat kerana mama saya ada menemani dan ayah saya sedang menonton perlawanan saya”.

Tahniah anak muda. Sememangnya permata negara yang rare dan power. Moga terus maju jaya dan mengharumkan nama negara.

Sumber: Mohd Fadli Salleh

Kalau anda ingin dapatkan lebih banyak lagi info-info menarik, boleh klik di sini.

Share.

Leave A Reply