Syafikah

Kisah Tular Adik Syafikah. Ini TINDAKAN Pantas Dr Asyraf Wajdi.

“Kisah adik Syafikah ini mengingatkan kita bahawa setiap anak berhak diberi peluang kedua.”


 

KUALA LUMPUR: Nasib seorang gadis remaja dikenali sebagai Syafikah, 17. Yang dibuli secara mental dan fizikal di sekolah berubah apabila dia akhirnya mendapat tawaran belajar di pusat latihan GiatMARA dalam bidang kulinari.

Lebih menggembirakan, Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA). Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menghubunginya sendiri apabila kisahnya tular hasil perkongsian seorang pemuda berkenaan kehidupannya yang ketika itu membantu ibunya di warung.

Berdasarkan perkongsian di Facebook, Dr Asyraf Wajdi Dusuki. Beliau menegaskan isu buli bukan perkara kecil dan tidak normal kerana ia boleh meragut keyakinan. Mematahkan semangat serta menghancurkan masa depan seorang anak bangsa.

Katanya, setiap orang perlu berani menolak budaya ini dan melindungi anak-anak yang menjadi mangsa.

“Kisah adik Syafikah ini mengingatkan kita bahawa setiap anak berhak diberi peluang kedua. Hari ini mungkin dia mangsa, tetapi dengan sokongan dan kasih masyarakat, Insya-Allah dia akan bangkit sebagai insan yang berjaya dan jadi inspirasi buat orang lain.

“Alhamdulillah, hasil koordinasi bersama GiatMARA Johor dan pemimpin komuniti setempat, MARA akan menawarkan tempat pengajian kepada Syafikah di GiatMARA Muar dalam bidang Kulinari, bidang yang memang menjadi minat dan kecenderungannya sejak kecil,” katanya menerusi perkongsian video, di laman sosialnya di sini, hari ini.

DIBULI MENTAL & FIZIKAL

Berhenti sekolah tahun lalu kerana dibuli mental, fizikal

Sebelum ini, perkongsian daripada pemuda dikenali Afiq Noordin di Facebook berkenaan Syafikah tular kerana beliau dibuli dari segi mental dan fizikal, hingga hilang semangat untuk meneruskan pelajaran dan berhenti sekolah sejak tahun lalu.

Lebih menyedihkan, beliau juga didakwa dibuli sejak berada di Tingkatan Satu. Tidak mendapat sokongan daripada pihak sekolah apabila aduan dibuat. Dihalang membuat laporan polis dan sering dijadikan bahan jenaka guru.

Kini, Syafikah anak kedua daripada tiga beradik itu membantu ibunya berniaga sarapan pagi di warung kecil di Pekan Tangkak. Manakala ayahnya kehilangan sebelah kaki.  Keluarga ini hanya bergantung kepada pendapatan harian di warung untuk meneruskan kehidupan.

Justeru, Asyraf Wajdi berkata, melalui program itu. GiatMARA akan menanggung semua kos pengajian termasuk elaun bulanan dan keperluan asas. Termasuk bantuan penginapan yang akan diuruskan rakan-rakan Persatuan Ibu Bapa Komuniti Swasta (PIBKS) daerah Ledang.

“Alhamdulillah sinergi bersama pemimpin komuniti setempat dan pihak GIATMARA Negeri Johor dapat membantu Syafikah untuk memberi semula harapan dalam meneruskan pelajaran dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

“Saya selalu tekankan, hanya ilmu yang mampu merubah kehidupan seseorang dan dalam masa sama. Syafikah jangan tinggalkan solat, buat tahajud, baca al-Quran kerana Allah. Saya yang dapat membantu dalam apa saja kesusahan dialami,” katanya.

 

Sumber : BH

Share.
Leave A Reply