Konsep 3M Yang Menentukan Perniagaan Anda
| KHALIFAH MEDIA NETWORKS
Apakah konsep 3M yang menentukan perniagaan anda? Dalam dunia digital marketing yang penuh persaingan, anda tak boleh main hantam saja. Iklan viral tak semestinya mendatangkan jualan kalau asas 3M anda tak kukuh.
3M di sini bukan gam, tapi tiga elemen utama yang jadi tulang belakang kepada strategi pemasaran berkesan:
Market, Medium dan Message.

Kalau salah satu goyah, kempen anda akan mudah tenggelam.
1. Market: Siapa Anda Mahu Sasar?
Ramai pemilik bisnes tersilap bila fikir “semua orang adalah pelanggan”. Hakikatnya, produk anda tak sesuai untuk semua.
Kenal pasti siapa sasaran utama anda. Gen Z? Ibu bekerja? Pengusaha kecil? Apakah masalah mereka dan bagaimana produk anda boleh selesaikannya?
Soalan panduan:
-
Siapa pelanggan ideal saya?
-
Apa yang mereka risaukan, mahukan, dan perlukan?
-
Di mana mereka ‘lepak’ secara online?
2. Medium: Guna Saluran Yang Betul
Lepas tahu siapa pelanggan anda, tanya pula: mereka selalu guna platform apa?
Tak semua audiens ada di TikTok. Ada yang suka Instagram, Facebook, atau baca email. Pilih medium yang sesuai dengan market anda.
Contoh:
-
Audiens remaja :TikTok, Instagram
-
Golongan profesional :LinkedIn, Email
-
Surirumah :Facebook, WhatsApp
3. Message: Apa Yang Anda Sampaikan
Ini paling kritikal. Bila dah tahu siapa dan kat mana mereka berada, pastikan mesej anda padat, relatable dan ‘kena’ dengan masalah mereka.
Elakkan bahasa terlalu umum. Gunakan gaya bahasa, slang atau emosi yang dekat dengan hati pelanggan.
Contoh mesej:
-
“Penat masak tiap hari? Kami bantu dengan set lauk ready-to-eat!”
-
“Nak naikkan engagement tanpa ads? Guna teknik 3M ni dulu.”
Kesimpulan
Strategi marketing yang berjaya bukan bergantung pada nasib atau trending semata. Ia bermula dengan asas kukuh iaitu Market, Medium dan Message.
Kalau anda boleh padankan ketiga-tiga ini, barulah iklan anda ‘masuk’, konten anda disukai, dan produk anda dipercayai.

Masih keliru siapa market anda, guna platform mana dan mesej macam mana nak tarik pelanggan?
Khalifah Media Networks sedia bantu anda bina strategi 3M yang tepat dan berkesan untuk bisnes anda.
Klik LINK ini dan dapatkan sesi konsultasi digital marketing bersama kami!
Artikel menarik untuk dibaca:




