Kutip Mainan Terbuang Hadiahkan Pada Anak. Tindakkan Lelaki Ini Buat Ramai RESPEK. | Tiada apa yang diimpikan oleh seorang bapa selain melihat kebahagiaan anak-anak dan isterinya.
Perkara itu jelas dilihat menerusi perkongsian klip video di laman sosial @abieaisymikhail apabila dia keluar mencari permainan untuk anak-anaknya di kawasan ‘tong sampah’.
Lebih membanggakan, biarpun disifatkan kotor dan jijik, lelaki itu tetap tekad mencari dan tidak malu berbuat demikian.
Video berdurasi 21 saat itu turut menunjukkan dia menjumpai mainan yang dicari iaitu sebuah troli kecil bewarna merah jambu.
Dia kemudian membawanya balik dan membasuh mainan itu sehingga bersih sebelum diberikan sebagai hadiah kepada anak-anaknya.
“Tak kisah lah orang nak cakap apa, asalkan anak-anak aku ‘happy’ (gembira) dengan cara aku,” katanya.
Susulan itu, rata-rata orang ramai memuji tindakan lelaki dan juga bapa itu kerana sanggup lakukan apa sahaja demi anak-anak.
“Hebat pengorbanan seorang ayah,” ujar bocah.
“Saya biasa kutip mainan kat tong sampah. Anak-anak yatim saya gembira je dapat. Asalkan tidak mencuri,” luah Mekida.
“Nak malu demi anak gembira itu adalah kebanggaan utk setiap lelaki yang bergelar bapa. Dia akan lakukan ape sahaja untuk lihat anak-anak die gembira,” kata Faz.
“Betul,ltk kat tepi tong sy bru ni ambik motor scooter pakai bateri dkt tong sampah..wlpn handle dah xda dan bateri xpa tp blh ank2 naik dan tolak”
“bro.. awak sorang bapa yang sangat mulia… Allahuakbar…. semoga Allah murahkan rezeki awak” Kata abe_man.
“Bahagia dapat kecapi dgn pelbagai cara… yg penting si comel tu tersenyum riang” Kata sharif.
@abieaisymikhailX malu ke ambik mainan kt sampah…x kisah lh org nk ckp apa.asal kn ank2 aku hppy dgn cara aku
Sumber : Kosmo