Lelaki Cuba Bunuh Diri Kerana Teman Wanita Tidak Jawab Panggilan Telefon. | Shah Alam: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor mengambil masa empat jam bagi memujuk seorang lelaki yang dipercayai cuba membunuh diri di tingkat 18 sebuah pangsapuri di Seksyen U2 dekat sini, awal pagi hari ini.

Bunuh Diri

Difahamkan, lelaki berusia 27 tahun itu dipercayai bertindak sedemikian berikutan panggilan telefonnya tidak dijawab oleh teman wanita.

Pengarah JBPM Selangor, Norazam Khamis berkata, pasukannya menerima panggilan kecemasan mengenai insiden cubaan bunuh diri berkenaan pada 3.35 pagi.

Katanya, susulan itu, sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Anggerik bergegas ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi, didapati mangsa iaitu seorang lelaki tempatan berusia 27 tahun berada di bumbung tingkat 18 pangsapuri berkenaan dan dipercayai cuba membunuh diri.

“Pasukan bomba kemudian bertindak memasang air cushion seterusnya memujuk mangsa untuk turun dengan bantuan adik serta bekas isteri lelaki itu.

“Bomba mengambil masa empat jam untuk memujuk sebelum lelaki itu bersetuju untuk turun dari bumbung berkenaan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Norazam berkata, lelaki itu dipercayai pernah cuba melakukan perkara yang sama di Pulau Pinang, pada tahun lalu, kerana masalah keluarga selepas bercerai.

Sumber : HM

Share.

Leave A Reply