Customize Consent Preferences

We use cookies to help you navigate efficiently and perform certain functions. You will find detailed information about all cookies under each consent category below.

The cookies that are categorized as "Necessary" are stored on your browser as they are essential for enabling the basic functionalities of the site. ... 

Always Active

Necessary cookies are required to enable the basic features of this site, such as providing secure log-in or adjusting your consent preferences. These cookies do not store any personally identifiable data.

No cookies to display.

Functional cookies help perform certain functionalities like sharing the content of the website on social media platforms, collecting feedback, and other third-party features.

No cookies to display.

Analytical cookies are used to understand how visitors interact with the website. These cookies help provide information on metrics such as the number of visitors, bounce rate, traffic source, etc.

No cookies to display.

Performance cookies are used to understand and analyze the key performance indexes of the website which helps in delivering a better user experience for the visitors.

No cookies to display.

Advertisement cookies are used to provide visitors with customized advertisements based on the pages you visited previously and to analyze the effectiveness of the ad campaigns.

No cookies to display.

Lelaki Curi Kereta Patah Balik Pada Owner Sebab Ada Sesuatu Dalam Kereta. | Seorang wanita di Oregon bernasib baik apabila anaknya yang ‘dilarikan’ bersama kereta yang dicuri dipulangkan semula ke pangkuannya.

Malah, menurut Fox32, suspek yang mencuri kenderaan itu sempat memarahi wanita berkenaan kerana meninggalkan si anak di dalam kereta bersendirian.

Suspek kemudiannya dikatakan beredar dari situ selepas menghantar kanak-kanak lelaki berusia empat tahun berkenaan.

Kejadian itu dikatakan berlaku pada 9 pagi Sabtu di luar sebuah pasaraya di Beaverton ketika si ibu pergi membeli barang keperluan, lapor portal berkenaan.

Wanita itu dikatakan meninggalkan anaknya di dalam kereta yang masih hidup enjinnya, sebelum seorang lelaki tiba-tiba datang dan melarikan kenderaan itu. Suspek dipercayai tidak menyedari kehadiran kanak-kanak di dalamnya, tulis Fox32.

Bagaimanapun, suspek kemudiannya berpatah balik ke lokasi kejadian untuk ‘memulangkan’ kanak-kanak tersebut kepada ibunya. Malah, dia didakwa sempat menengking dan mengugut untuk menelefon polis bagi melaporkan kecuaian wanita itu meninggalkan anak di dalam kereta.

“Dia melompat ke dalam kereta, pandu, sedar ada kanak-kanak 4 tahun di dalam dan berpatah balik. Dia mengarahkan wanita itu mengambil anaknya keluar daripada kereta dan beredar dari situ,” kata pegawai polis Beaverton, Matt Henderson.

“Kami bersyukur dia ada timbang rasa untuk mengembalikan si kecil itu,” katanya seperti dilapor CNN.

Ibu kanak-kanak itu mendakwa anaknya tidak cedera dan mengaku telah membuat kesilapan yang besar.

“Sebagai ibu, kita jadi sangat sibuk dan kita fikir kita hanya pergi sekejap,” katanya.

“Ini adalah contoh sempurna kecuaian dan betapa buruknya pengakhiran yang boleh berlaku.”

“Saya bersyukur dia okay. Ianya sangat bodoh dan saya tak akan lakukannya lagi, tetapi ia adalah keputusan beberapa detik yang boleh mengubah segalanya,” tambah wanita itu.

Polis telah menemui kenderaan jenis SUV, Honda Pilot keluaran 2013 beberapa jam kemudian namun masih memburu suspek yang dikatakan berusia dalam lingkungan 20-an hingga 30-an, lapor Fox32.

Sumber : Siakapkeli

Share.

Leave A Reply