Lelaki Hanya Sangka Dicakar Kucing Rupanya Terkena Tembakan.

| September 21, 2021 | 0 Comments

Lelaki Hanya Sangka Dicakar Kucing Rupanya Terkena Tembakan. | Seorang lelaki terkejut apabila dia terkena tembakan ketika dia sedang tidur. Lelaki berkenaan hanya menyangka dirinya dicakar kucing. Baca selanjutnya.

NEW DELHI: Seorang lelaki di India tidak menyedari dirinya terkena tembakan ketika sedang tidur, dengan menyangka kesan luka dialaminya disebabkan cakaran kucing.

Lapor The Sun, Nemi Chand, 35, dari Rajasthan terkejut selepas bangun daripada tidur dan mendapati kesan luka di badannya.

Katanya, ketika kejadian, dia tiba-tiba terbangun tidur apabila terasa sakit ringan di bahagian dadanya.

Pada mulanya, Nemi yang bekerja sebagai juruelektrik menyangka luka itu mungkin disebabkan cakaran kucing dan mengabaikannya.

Namun, Nemi menyedari mengalami luka tembakan tidak lama kemudian selepas salah seorang rakannya menemukan sebutir peluru kosong ketika membersihkan bilik tidur.

Nemi kemudian dibawa ke hospital dan diperiksa segera dengan melakukan imbasan x-ray.

Imej x-ray menunjukkan peluru ‘tersangkut’ di bawah kulit Nemi.

Nemi kemudian menjalani pembedahan untuk mengeluarkan peluru itu, yang hampir terkena pada bahagian organ dalamannya.

Beberapa rakaman yang diambil di bilik pembedahan itu menunjukkan doktor bedah berusaha mengeluarkan peluru itu daripada badannya.

Sementara itu, polis Raniwara memaklumkan pihaknya akan menjalankan siasatan lanjut berhubung kes tersebut.

Sumber : UM

Tags: , , , , , , ,

Category: INFORMASI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *