Lelaki Maut Selepas Besi Longshaft 100kg Tercabut dan Menembusi Kereta di Batu Pahat.
“Memang dari awal hati saya berat untuk lepaskan ayah ke sana (Segamat). Rupa-rupanya ia petanda saya akan kehilangan orang tersayang.”
BATU PAHAT: Seorang lelaki maut selepas besi penyambung ‘longshaft’ seberat lebih 100 kilogram (kg) pada sebuah lori ‘tipper’ yang tercabut. Melantun menembusi cermin hadapan kereta dinaiki dan mengenai muka mangsa pagi tadi.
Kejadian berlaku kira-kira jam 8.30 pagi di Jalan Sri Bengkal, dekat Sri Gading, di sini ketika mangsa, Juhari Murid, 63. Dalam perjalanan menaiki Perodua Alza bersama beberapa keluarga dari Senggarang di sini menuju FELDA Pemanis di Segamat atas urusan keluarga.
Akibat kejadian itu, mangsa parah dan disahkan meninggal dunia. Manakala isterinya, Zaina Khalid, 58, serta tiga adiknya termasuk yang memandu Perodua Alza itu tidaka mengalami sebarang kecederaan.
Difahamkan, kenderaan dinaiki arwah sekeluarga sebelum itu berselisih dengan lori terbabit sebelum besi berkenaan tercabut dan menembusi cermin Perodua Alza dinaiki.
Anak mangsa, Noor Shahin, 31. Mengakui terkejut menerima panggilan daripada seorang sepupunya memaklumkan bapanya kemalangan dan meninggal dunia di tempat kejadian.
BERAT UNTUK LEPASKAN AYAH
“Memang dari awal hati saya berat untuk lepaskan ayah ke sana (Segamat). Rupa-rupanya ia petanda saya akan kehilangan orang tersayang.
“Sebaik mendapat berita sedih itu, saya teringat rasa tidak sedap hati semalam selepas ibu, memberitahu dia bersama ayah mahu ke Segamat,”. Katanya yang terus bergegas dari Muar ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) di Batu Pahat.
Noor Shahin berkata dia sempat membuat panggilan video dengan bapanya itu semalam dan ketika itu. Arwah sangat gembira dan tidak sabar untuk bertemu cucunya. Mohd Aidan Rizki Firdaus yang berusia tiga bulan di Parit Simpan, hari ini.
“Ayah cakap rindu cucu. Jadi saya hendak balik hari ini. Tapi kepulangan saya kali ini hanya untuk menatap jenazah ayah,” katanya.
Seorang lagi anak arwah, Mohd Danis Hakim, 22. Berharap pemilik lori ataupun syarikat terbabit dikenakan tindakan berat disebabkan kecuaian yang meragut nyawa bapanya.
“Saya tahu ajal dan maut ketentuan Ilahi, tetapi kejadian ini berlaku akibat kecuaian… Saya tidak mahu perkara sama berulang ke atas orang lain,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Batu Pahat. Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu.
Sumber : BH




