Lelaki Maut Terkena Renjatan Elektrik.

| July 2, 2021 | 0 Comments

Lelaki Maut Terkena Renjatan Elektrik. | SRI AMAN: Seorang lelaki ditemui maut manakala isterinya selamat terkena renjatan elektrik di kediaman mereka di Kampung Skim Melugu, di sini, hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, berkata tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Aman dikejarkan ke lokasi sebaik menerima panggilan pada jam 5.20 petang.

Katanya, setiba di lokasi kejadian, didapati sepasang suami isteri terbaring di atas tanah dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Pemeriksaan oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan lelaki itu sudah meninggal dunia.

“Isterinya pula dalam keadaan sedar namun amat lemah dan kedua-dua mangsa berusia lingkungan 40-an,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya lagi, wanita berkenaan kemudiannya dikejarkan ke Hospital Sri Aman untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Mangsa yang meninggal dunia pula diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

“Punca sebenar kejadian itu masih dalam siasatan,” katanya.

Sumber : BH

Tags: , , , , ,

Category: INFORMASI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *