Lelaki Pijak Kolam Deepavali Di Hospital Dipanggil Polis. | KLANG – Polis akan memanggil lelaki tular memijak dan berjalan di atas hiasan perayaan Deepavali atau kolam di Hospital KPJ Healthcare, di sini baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Vijaya Rao Samachulu berkata, lelaki terbabit yang dipercayai kakitangan hospital berkenaan akan dipanggil pada Isnin.
Pada Sabtu sekitar jam 7.45 malam, pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara mengesan video tular berdurasi 37 di TikTok menunjukkan seorang lelaki sedang berjalan dengan kasut di atas (perhiasan) kolam.
“Sehubungan itu, Ketua Balai Polis Bandar Baru Klang telah membuat satu laporan dan suspek akan dipanggil ke IPD Klang Utara esok,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Vijaya Rao berkata, kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan atas kesalahan dengan sengaja memudaratkan, atau cuba memudaratkan keadaan harmoni atau perpaduan.
Sehubungan itu, pihak polis menasihatkan orang ramai supaya menjaga tingkah laku dan menghindari tindakan yang boleh menjejaskan keharmonian negara
Sementara itu, KPJ Klang dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menyedari mengenai penyebaran video membabitkan suspek yang didakwa kakitangan mereka terbabit di media sosial.
KPJ Klang dalam kenyataan itu menegaskan mereka tidak akan berkompromi terhadap sebarang tindakan jelik dan tidak profesional daripada mana-mana kakitangan mereka dan akan menjalankan siasatan dalam.
Rata-rata netizen mengkritik perbuatan lelaki berkenaan seperti di bawah:
Kata pemilik facebook yang bernama Firdaus : “Ambik tindakan…jenis macam ni tak boleh hidup di Malaysia…dia tak tahu maksud menghormati tu apa.
Elok kwn dgn kera…”
Syed Shah : “Biadap… Tak hormat perpaduan dengan bangsa lain.”
Ayu : “dah buat..rakam…. pastu upload….bodoh semakin aneh.”
Panglima Hitam : “Sepanjang hayat aku.. x pernah terlintas nak buat mcmni.. elok la tu kena kutip.. peringatan kepada semua agar saling hormat menghormati adat resam agama lain.. keBODOHan & keBANGANGan tu jangan ditunjukkan buat malu je..tindakan TEGAS perlu diambil..”
Tiba Abas : “Tak bertamadun betul..Memalukan jee..Suka cipta provokasi.”
Zarina : “Buat malu kami Dik.Pakai baju Melayu, siap sampin.Elok masuk lokap 2 minggu”
Carlos : “cari penyakit…dan pencetus masalah… dia xfaham kot erti perpaduan kaum”
Nor Zaimah : “Jgn hancor kn perpaduan ,semata mata nk tunjuk hebat ..respect bangsa2 lain ,jgn menganak tiri kn ,sbb kita semua ciptaan tuhan ,dudok dn berpijak d satu bumi ..hidup menghormati sesama yg lain ,inshallah jiwa akn tenang dn bahagia”
Mary : “Orang macam ni la yang selalu buat orang bergaduh dalam isu budaya.. Malaysia ni berbilang kaum bangsa dan agama. Hormat la sikit budaya orang lain.”
Hana : “Beragaklah bro. Lain agama pun hormat lah budaya orang lain. Barulah bangsa kita dihormati. Demi content. Sanggup buat benda mcm ni.”
Jebat : “Bangang ini sebenarnya xberapa indah kalau buat sorg2. Dia akan jd indah bila buat bersama.Tp dlm kes dia ni, bangang dia unlimited. Jd sebaiknya hang tanggung la sensorg.”
Maka kesimpulannya, marilah sama-sama kita menjaga sesama agama. Malaysia mengamalkan hidup yang penuh perpaduan kerana rakyat Malaysia mempunyai pelbagai bangsa dan agama.
Sumber : SH