Lelaki ‘Salah Langkah’ Ceroboh Rumah Pegawai Polis.

| November 23, 2020 | 0 Comments

Lelaki ‘Salah Langkah’ Ceroboh Rumah Pegawai Polis. | KUCHING: Lelaki berusia 22 tahun yang dipercayai di bawah pengaruh dadah ditahan selepas memecah masuk kediaman seorang pegawai polis di Taman Sourabaya Indah, di sini jam 3.30 pagi tadi.

Suspek ditahan sendiri oleh pegawai polis berkenaan yang terjaga daripada tidur susulan bunyi mencurigakan dari arah pintu utama rumahnya.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Awang Din Awang Gani, berkata, pegawai polis yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak itu kemudiannya mendapati suspek sudah berada di dalam rumahnya.

“Pegawai polis itu bertindak pantas dan berjaya menangkap suspek sebelum menghantarnya ke balai polis berhampiran,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Awang Din berkata, hasil ujian air kencing mendapati lelaki terbabit positif dadah jenis Methamphetamine dan semakan mendapati dia mempunyai tiga rekod jenayah lampau.

“Kes itu masih dalam siasatan lanjut mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan,” katanya.

Sumber : BH

Tags: , , , , ,

Category: INFORMASI, JENAYAH, KELUARGA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *