Lelaki Sempat Selfie Dedah Sesuatu Sebelum Maut Rentung Dalam Kemalangan. Al Fatihah. | Sahabat dedah perilaku arwah sebelum maut rentung dalam kemalangan. Tak sangka. Baca selanjutnya. Ada 11 gambar tempat kejadian. Al Fatihah.

SAHABAT DEDAH PERILAKU ARWAH SEBELUM MAUT

“Pelik bila arwah minta nombor telefon saya sedangkan beliau memang ada menyimpannya,” kata Awang Mohd Khairol Hakimi Awang Sudin, 25, rakan karib Norhaliszam Bongsu, 33, yang rentung dalam nahas di Jalan Bulat, di sini petang semalam.

Lelaki Sempat Selfie Dedah Sesuatu Sebelum Maut Rentung Dalam Kemalangan. Al Fatihah.

Hakimi berkata, Allahyarham juga bersungguh-sungguh mahu berswafoto ketika mereka keluar bersama menunggang motosikal berkuasa tinggi, kira-kira dua jam sebelum kejadian kemalangan dengan bas.

“Ia seolah-olah menjadi petanda kejadian akan berlaku, namun ketika itu saya tidak perasan kerana arwah memang kelihatan ceria seperti biasa.

“Saya bertanya mengapa begitu beriya-iya meminta nombor telefon saya sedangkan kami sudah lama berkawan. Arwah cuma menjawab manalah tahu kalau ada apa-apa berlaku,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Hakimi menjelaskan beliau bersama beberapa rakan lain menyertai konvoi motosikal berkuasa tinggi menjelajah Borneo dan sedang dalam perjalanan ke Sabah.

Lelaki Sempat Selfie Dedah Sesuatu Sebelum Maut Rentung Dalam Kemalangan. Al Fatihah.

Mengikut perancangan awal, mereka sepatutnya meneruskan perjalanan sebelum singgah dan bermalam di Bandaraya Miri.

“Selepas mengisi minyak di Jakar (di Sarikei), arwah Norhaliszam meneruskan perjalanan dan memang saya tidak menyangka itulah detik terakhir saya melihatnya,” katanya.

Katanya, beliau mengenali Allahyarham sejak dua tahun lalu, malah sering menyertai program konvoi bermotosikal bersama.

“Saya anggap arwah macam abang saya sendiri. Beliau seorang yang sangat baik hati dan suka menolong rakan dalam kesusahan, terutama ketika kami berkonvoi,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.20 petang semalam, mangsa rentung selepas terbabit nahas dengan sebuah bas.

Lelaki Sempat Selfie Dedah Sesuatu Sebelum Maut Rentung Dalam Kemalangan. Al Fatihah.

Ketua Polis Daerah Sarikei, Superintendan Awang Alfian Awang Bujang, berkata motosikal mangsa dipercayai hilang kawalan selepas memotong sebuah lori lalu masuk ke laluan bertentangan dan melanggar bahagian depan kenderaan awam itu.

“Kejadian ini menyebabkan mangsa tidak dapat mengawal motosikal untuk mengelak bas sebelum bertembung lalu terperosok di bawah kenderaan itu.

“Bas yang dipandu lelaki berusia 54 tahun turut membawa seorang konduktor tiket dan empat penumpang bagaimanapun tidak cedera,” katanya.

Lagi Gambar Di Tempat Kejadian (Sumber Sarawak Voice)

Lelaki Sempat Selfie Dedah Sesuatu Sebelum Maut Rentung Dalam Kemalangan. Al Fatihah.
Lelaki Sempat Selfie Dedah Sesuatu Sebelum Maut Rentung Dalam Kemalangan. Al Fatihah.
Lelaki Sempat Selfie Dedah Sesuatu Sebelum Maut Rentung Dalam Kemalangan. Al Fatihah.
Lelaki Sempat Selfie Dedah Sesuatu Sebelum Maut Rentung Dalam Kemalangan. Al Fatihah.
Lelaki Sempat Selfie Dedah Sesuatu Sebelum Maut Rentung Dalam Kemalangan. Al Fatihah.
Lelaki Sempat Selfie Dedah Sesuatu Sebelum Maut Rentung Dalam Kemalangan. Al Fatihah.
Lelaki Sempat Selfie Dedah Sesuatu Sebelum Maut Rentung Dalam Kemalangan. Al Fatihah.
Lelaki Sempat Selfie Dedah Sesuatu Sebelum Maut Rentung Dalam Kemalangan. Al Fatihah.

Sumber: Berita Harian

Share.

Leave A Reply