Lelaki Ini Tampil Jelaskan Cerita Sebenar Slps Tular Di Kediaman Adik Zayn. | KHALIFAH MEDIA NETWORKS. : Baru-baru ini kecoh tentang seorang lelaki berkopiah dan berbaju hijau hadir di kediaman arwah adik Zayn Rayyan ketika polis membawa ibu Adik Zayn ke rumah dan ke tempat kejadian.
Bagaimana pun lelaki terbabit tampil menjelaskan cerita sebenar. “Saya ini mudah kasihan pada orang jadi cuba bantu sekadar yang termampu walaupun tak kaya,”
REAKSI LELAKI TULAR
Itu reaksi penyelia tapak binaan dikenali Azmi, 50, yang tular kerana keprihatinannya terhadap pengamal media. Apabila sanggup menyumbang makanan dan minuman kepada wartawan, jurugambar dan juruvideo. Yang membuat liputan perkembangan kes kanak-kanak autisme. Zayn Rayyan Abdul Mateen di Pangsapuri Idaman, Damansara Damai, di sini.
Kelibatnya yang memakai baju kolar berwarna hijau dan kopiah putih. Sempat dirakam oleh pengamal media sebelum dia beredar selepas mengagihkan makanan serta minuman.
Berkongsi kisah sebenar. Azmi berkata, dia tidak sangka pun akan menjadi tular. Kerana niatnya hanya untuk membantu pengamal media yang membuat liputan di lokasi berkenaan.
“Kelmarin, saya tertengok video siaran langsung di TikTok. Disiarkan satu platform media dan dalam video itu ada yang mengadu lapar serta dahaga kerana tak sempat bersarapan.
“Itu yang tak sampai hati dan kebetulan ada banyak kedai makan serta warung berhampiran rumah saya. Jadi terus keluar belikan makanan dengan minuman.
“Ikutkan saya hanya beli 10 bungkus nasi lemak dan 10 teh ais saja, bagi saya pemberian itu tak mewah mana pun.
“Tapi sekurang-kurangnya dapatlah mereka basahkan tekak dan makan untuk alas perut,” katanya.
HANYA AGIH MAKANAN KEPADA MEDIA
Menurut Azmi, selepas membeli makanan dan minuman. Dia menunggang motosikal ke lokasi media berkumpul yang hanya 300 meter saja dari rumahnya.
“Saya tinggal di taman bersebelahan jadi tak jauh mana pun.
“Waktu sampai di lokasi, saya terus datang menghampiri sekumpulan media dan agihkan kepada mereka .
“Alhamdulillah, lega dapat sampaikan walaupun tak banyak dan selepas agihkan. Saya terus minta diri untuk beredar tapi macam ada nampak seseorang rakam pergerakan saya.
“Petang hari sama dalam selepas Asar, rakan maklumkan menerusi WhatsApp yang gambar dan kisah saya sudah tular,” katanya.
Azmi berkata, dia tidak membaca semua komen namun berterima kasih kepada mereka yang memberi kata positif dan menghargainya walaupun apa dilakukan tidak seberapa.
“Tapi ada juga netizen buat andaian saya adalah suspek terbabit dalam kes itu kerana ada di situ.
“Tak tahu nak respon macam mana kerana hanya mampu tergelak kerana lucu tapi tak tersinggung pun dengan kata-kata itu,” katanya.
LAPORAN TERDAHULU
Kehadiran ibu Zayn Rayyan Abdul Matiin di kediaman serta lokasi mayat kanak-kanak autisme itu ditemukan adalah sebahagian daripada proses melengkapkan siasatan kes.
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata ia adalah antara prosedur yang perlu dilaksanakan sebelum kertas siasatan dilengkapkan dan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya.
Katanya, perkembangan lanjut sama ada siasatan kes itu sudah lengkap atau sebaliknya serta status reman ibu bapa kanak-kanak itu akan dimaklumkan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain.
“Mengenai reman ibu bapa Zayn Rayyan, saya tidak dapat berkongsi apa apa (perkembangan) pada petang ini.
“Tunggu… mungkin Pengarah JSJ akan beri kenyataan berkaitan perkembangan kes ini,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor hari ini.
Semalam, ibu kepada Zayn Rayyan dibawa semula ke kediamannya di Apartment Idaman, Damansara Damai serta lokasi mayat ditemukan berhampiran rumah mereka, dipercayai untuk melakonkan semula kejadian kehilangan kanak-kanak sehingga mayatnya ditemui.
Sumber : HM