Lepas 2 Hari Tak Pulang Rumah Akhirnya Ditemui Dlm Hutan.

| November 15, 2020 | 0 Comments

Lepas 2 Hari Tak Pulang Rumah Akhirnya Ditemui Dlm Hutan. | Jeli: Selepas dua hari hilang, seorang lelaki warga emas ditemukan selamat dalam hutan di Bukit Pasir Berdang, di sini, pada 9.45 pagi hari ini.

Mangsa, Ismail Awang Kecik, 83, ditemui pasukan penyelamat bersama penduduk kampung dalam keadaan agak lemah dan berkaki ayam dengan sedikit kecederaan di kedua-dua kaki.

Ketua Polis Daerah Jeli, Deputi Superintendan Ahmad Arifin berkata, laporan kehilangan mangsa dibuat ahli keluarga malam Ahad lalu selepas menyedari warga emas itu tidak pulang ke rumah.

“Misi mencari dan menyelamat (SAR) dimulakan sejak pagi semalam membabitkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela), Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan penduduk kampung.

“Selepas kira-kira satu jam SAR dimulakan semula pagi tadi, mangsa ditemui dalam hutan dengan selamat,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Ahmad berkata, mangsa memberitahu ingin mencari kayu di dalam hutan sebelum menyedari dirinya tersesat.

Katanya, mangsa yang kelihatan agak bingung dibawa ke Hospital Jeli di sini, untuk menerima rawatan.

“Kali terakhir anak saudaranya melihat mangsa pagi Ahad lalu apabila warga emas itu datang ke rumahnya dengan mengenakan kain pelikat dan kemeja.

“Mangsa yang tidak pernah berkahwin tinggal seorang diri dan difahamkan tiada sebarang rekod perubatan termasuk masalah nyanyuk,” katanya.

Sumber : Metro

Tags: , , , , , , ,

Category: INFORMASI, KELUARGA, KESIHATAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *