LinkedIn Untuk Founder & CEO: Bukan Sekadar Networking

| KHALIFAH MEDIA NETWORKS

Apa itu LinkedIn untuk founder & CEO : Bukan sekadar networking? Selama ini, ramai anggap LinkedIn hanya untuk cari kerja atau buka peluang kerjaya, tapi sebenarnya ia adalah salah satu platform paling underrated untuk pengasas dan CEO membina credibility, trust dan influence jenama tanpa perlu guna iklan berbayar pun.

Dalam era digital, orang bukan saja nak beli produk ,mereka nak tahu siapa di sebalik jenama.
Dan di sinilah LinkedIn boleh jadi platform paling berpengaruh anda.

1. Bina Personal Branding Yang Dipercayai

Sebagai founder atau CEO, anda bukan sekadar pengurus syarikat ,anda wajah jenama.
Guna LinkedIn untuk kongsi:

  • Kisah disebalik perniagaan anda

  • Cabaran dan pembelajaran sepanjang membina jenama

  • Nilai dan visi syarikat anda

✅ Orang lebih mudah percaya bila mereka kenal siapa yang mereka sokong.

2. Jadikan Profil Anda Sebagai Saluran PR Percuma

Dengan profile yang lengkap, gambar profesional, headline yang jelas, dan konten konsisten, LinkedIn boleh bertindak seperti media rasmi peribadi anda.

Gunakan untuk:

  • Umumkan pelancaran produk

  • Kongsikan pencapaian bisnes

  • Tarik perhatian media & pelabur

  • Bina kredibiliti untuk team dan syarikat

3. Kembangkan Rangkaian & Peluang B2B

LinkedIn penuh dengan:

  • Pembeli korporat

  • Rakan kerjasama strategik

  • Mentor bisnes & pelabur

Jangan hanya terima permintaan sambungan ,berinteraksi dengan komen, mesej peribadi, atau artikel. Peluang besar selalu datang dari “sesi sembang kecil”.

4. Kongsikan Idea, Bukan Jual Produk

Di LinkedIn, konten berbentuk insight dan value lebih tinggi engagement daripada iklan produk.
Founder yang kongsi idea, pengalaman dan pandangan selalunya:

  • Dikenali sebagai thought leader

  • Dapat jemputan bercakap

  • Naikkan nama jenama dengan cara organik

5. Bina Trust Untuk Jangka Panjang

Orang beli dari orang yang mereka percaya.
LinkedIn bantu bina kepercayaan jangka panjang, bukan sekadar jualan cepat.

Konten berkualiti anda di LinkedIn boleh jadi arkib bisnes dan kepimpinan yang orang lain rujuk bertahun-tahun akan datang.

Kesimpulan

Jika anda seorang pengasas atau CEO dan belum aktif di LinkedIn, anda sebenarnya sedang lepaskan peluang besar. Ia bukan sekadar tempat untuk cari kerja tapi panggung utama untuk tonjolkan nilai, kisah dan kredibiliti diri anda serta jenama anda.

Skrip Iklan Ringkas Tapi Power untuk Content TikTok

Tak pasti nak mula dari mana untuk tonjolkan diri sebagai founder di LinkedIn?
Khalifah Media Networks sedia bantu anda bina strategi konten, perkemas profil, dan susun konten bulanan agar anda bukan sekadar hadir tapi menonjol.
Klik LINK ini untuk mula bina kredibiliti founder anda di LinkedIn hari ini!

Artikel menarik untuk dibaca:

Mengoptimumkan Strategi Omnichannel dalam Pemasaran Digital

Strategi Retargeting untuk Mengurangkan Abandon Cart

Share.

Leave A Reply