Nurly Sahirah

Luahan Rindu Ibu Bapa Arwah Nurly Sahirah Selepas Lebih 100 Hari Pemergiannya

“Walaupun sudah lebih 100 hari Nurly Sahirah meninggal dunia. Saya masih terasa seperti arwah masih ada”


BESUT: “Walaupun sudah lebih 100 hari Nurly Sahirah meninggal dunia. Saya masih terasa seperti arwah masih ada,” kata Azman Mohamad, 63.

Azman adalah bapa kepada Allahyarham Nurly Sahirah yang terkorban dalam tragedi bas di Gerik, Perak, pada 9 Jun lalu.

Katanya, keprihatinan dan sikap cakna pihak Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang kerap bertanya khabar serta menziarahi keluarga mereka membuatkan beliau seolah-olah berasakan anaknya masih menuntut di sana.

HANYA TINGGAL KENANGAN

“Sebelum ini, kebanyakan masa arwah dihabiskan di universiti. Jika dia pulang ke kampung menaiki bas, saya akan menjemputnya di Bandar Jertih. Semua itu tinggal kenangan,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Gong Pasir, Kerandang, di sini, hari ini.

Azman dan isterinya, Kamariah Abdul Latif, 60, bakal menaiki pentas konvokesyen untuk menerima ijazah anumerta mewakili anak mereka pada Majlis Istiadat Konvokesyen UPSI 11 November depan.

“Kami bercadang bertolak lebih awal ke UPSI bagi menghadiri istiadat itu demi ‘meraikan’ kejayaan Nurly walaupun dia sudah tiada.

“Peluang menjejakkan kaki semula ke UPSI akan kami manfaatkan sepenuhnya, termasuk untuk melawat tempat arwah belajar sepanjang pengajian,” katanya.

TETAMU MASIH MENGUNJUNGI

Azman berkata rumah mereka masih dikunjungi tetamu yang ingin melihat naskhah Mushaf al-Quran tulisan tangan arwah yang menjadi inspirasi ramai. Ramai juga masih nak diet turun berat badan

Sementara itu, Kamariah berkata, pada awalnya, beliau dan suami yang mencadangkan anak mereka menyambung pengajian dalam bidang pendidikan.

“Namun, arwah memilih untuk melanjutkan pengajian dalam jurusan Pendidikan Khas, bidang yang sangat dekat dengan jiwanya.

“Biarpun dia tidak sempat mencapai impiannya menjadi seorang pendidik, sebagai ibu, saya bangga melihat hasil usaha dan komitmen arwah sepanjang bergelar mahasiswa,” katanya.

Kamariah turut menyifatkan pemergian anaknya bukan sekadar kehilangan peribadi, malah memberi kesan besar kepada masyarakat.

“Walaupun arwah tidak sempat menjadi guru secara rasmi, namun Allah mengangkatnya seolah-olah seperti seorang pendidik untuk seluruh dunia, melalui amalan arwah yang memuliakan al-Quran.

“Saya bersyukur kerana ramai yang mendapat inspirasi daripada kisah arwah untuk kembali belajar dan mendekatkan diri dengan al-Quran,” katanya sebak.

Sumber : BH

Share.
Leave A Reply