Customize Consent Preferences

We use cookies to help you navigate efficiently and perform certain functions. You will find detailed information about all cookies under each consent category below.

The cookies that are categorized as "Necessary" are stored on your browser as they are essential for enabling the basic functionalities of the site. ... 

Always Active

Necessary cookies are required to enable the basic features of this site, such as providing secure log-in or adjusting your consent preferences. These cookies do not store any personally identifiable data.

No cookies to display.

Functional cookies help perform certain functionalities like sharing the content of the website on social media platforms, collecting feedback, and other third-party features.

No cookies to display.

Analytical cookies are used to understand how visitors interact with the website. These cookies help provide information on metrics such as the number of visitors, bounce rate, traffic source, etc.

No cookies to display.

Performance cookies are used to understand and analyze the key performance indexes of the website which helps in delivering a better user experience for the visitors.

No cookies to display.

Advertisement cookies are used to provide visitors with customized advertisements based on the pages you visited previously and to analyze the effectiveness of the ad campaigns.

No cookies to display.

Majlis Korban Jadi Kecoh Apabila Orang Kampung Jumpa SESUATU. | TUMPAT: Penduduk di Kampung Lubuk Kawah, Pulau Teluk Rejuna, Palekbang, di sini, yang sedang mencuci perut lembu korban di kawasan sungai tersebut dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan terapung, semalam.

Mayat yang keseluruhannya mula mereput itu ditemukan pada pukul 11 pagi.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Amran Dolah berkata, hasil pemeriksaan polis ke atas mayat berkenaan tidak menemukan sebarang dokumen pengenalan diri.

“Hasil bedah siasat mendapati mayat lelaki itu sudah reput dan ada bahagian badan mangsa dimakan haiwan selain sudah meninggal dunia dalam tempoh 36 jam,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Amran memberitahu, punca kematian mangsa belum dapat dikenal pasti kerana keadaan mayat sudah reput.

Katanya, selain itu Ibu pejabat Polis Daerah Tumpat juga tidak menerima sebarang laporan orang hilang dalam tempoh terdekat.

“Sampel yang diterima dari hospital akan dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisis,” ujarnya.

Sementara itu, seorang penduduk Pulau Teluk Rejuna yang hanya mahu dikenali sebagai Faridah,50, ketika dihubungi berkata, penemuan mayat mangsa disedari oleh seorang penduduk kampung ketika membasuh bahagian perut lembu korban pagi semalam.

Menurut wanita itu, penduduk berkenaan melihat satu objek terapung di tepi sungai berkenaan sebelum menghubungi rakannya.

“Ketika itu, penduduk sedang sibuk menjalani ibadah korban yang dilakukan tidak jauh dari sungai tersebut. Selepas mendapati objek yang ditemukan itu adalah mayat manusia, salah seorang penduduk terus menghubungi polis,” katanya.

Sumber : UM

Share.

Leave A Reply