Mayat Tanpa Kepala Ditemui Dalam Banglo Lama.

| December 7, 2020 | 0 Comments

Mayat Tanpa Kepala Ditemui Dalam Banglo Lama. | GOMBAK – Mayat seorang lelaki ditemui dalam keadaan tanpa kepala di atas bukit berhampiran hutan tanah rizab Universiti Islam Antarabangsa Malaysia hari ini.

Difahamkan, pihak polis menerima panggilan berhubung penemuan mayat itu kira-kira pukul 11.45 pagi.

Difahamkan mayat lelaki yang dipercayai sudah meninggal dunia lebih tiga hari itu ditemui dalam sebuah banglo lama kira-kira lima meter dari kaki bukit.

Operasi membawa turun mayat agak sukar susulan pihak berkuasa perlu mengambil masa 30 minit untuk mendaki ke lokasi penemuan mayat.

Operasi membawa turun mayat itu sedang dilakukan dengan bantuan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Selayang.

Sumber : Kosmo

Tags: , , , , ,

Category: INFORMASI, JENAYAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *