Motivasi SEBENAR Team Kesihatan Bangkit Pergi Kerja Walau Terdedah Bahaya Covid-19

| March 22, 2020 | 2 Comments

Motivasi SEBENAR Team Kesihatan Bangkit Pergi Kerja Walau Terdedah Bahaya Covid-19 | Tengah rilek dok rumah, mungkin ramai tertanya, dari mana datangnya kekuatan dan motivasi team kesihatan bangkit pergi kerja walau terdedah bahaya Covid-19. Baca selanjutnya untuk jawapan. Tulisan Fb Azizul Azli Ahmad

Mereka Juga Ada Tuhan ?

Jangan ingat mereka tidak ada Tuhan, mereka juga takutkan Tuhan. Mereka bekerja dengan amanah.

Mereka bekerja agar mereka tidak dihisab nanti dengan tanggujawab mereka.

Mereka juga sedang berjihad, jihad mereka itu mungkin berbeza dengan kita.

Jangan kita anggap mereka tiada keluarga, mereka ada anak, isteri dan suami tercinta.

Hingga kini telah ada 33 pegawai perubatan telah terinfeksi.

Jangan anggap ini hanya kerja mereka sahaja, ini tanggujawab kita bersama.

Bantulah mereka, dengan tinggal dirumah dengan baik.

Nyatakan dengan jelas history perjalanan kita pernah kemana. Dengan siapa kita berhubung dan jemaah mana kita pernah ikut.

Mereka tidak takut dengan virus covid-19, mereka lebih takutkan Tuhan sebab itu mereka bangun, kekal bekerja dan bersemangat untuk bantu kita.

Kawan kawan,

Dalam doa kita, doakan juga buat mereka. Mereka berjihad dengan cara mereka agar umat nabi ini kekal ada selamanya.

Wallahualam.

Sumber: Fb Azizul Azli Ahmad

Tags: , , , , , , , , ,

Category: INFORMASI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *