Nahas Uitm : Luahan Ibu Bapa Salah Seorang Mangsa Buat Ramai SEBAK. | KHALIFAH MEDIA NETWORKS : “Dua anak lelaki saya meninggal dunia akibat kemalangan pada bulan sama. Dan kini saya tiada lagi anak lelaki dalam keluarga,”. Kata Jamaludin Hussin, 53, bapa kepada Allahyarham Khairil Anwar, 20.
Khairil Anwar yang juga penuntut Ijazah Sarjana Muda Perakaunan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun, Terengganu. Maut dalam kemalangan di hadapan universiti berkenaan di Kampung Sura Hujung, di sini pada Rabu malam.
Selain itu, turut terkorban dalam kemalangan, penuntut Ijazah Sarjana Muda Perakaunan. Ku Adib Aizab Ku Azmi, 20, dan penuntut Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perkhidmatan Makanan. Muhammad Akmal Md Tukirin, 20.
Selain itu, rakan mereka, Mohd Ammar Danish Mohd Rodhuan, 20, pula mengalami kecederaan parah.
KALI TERAKHIR BERTEMU 6 OKTOBER
Kali terakhir dia dan isteri, Norma Mohammed Nor, 52, bertemu dengan anak bongsu daripada lima beradik itu pada 6 Oktober lalu. Ketika menghantarnya ke Dungun untuk memulakan semester baharu.
“Saya benar-benar tidak menyangka kejadian ini akan berulang. Tujuh tahun lalu, anak sulung saya. Muhammad Khairul Izzudin juga meninggal dalam kemalangan jalan raya di Senawang, Negeri Sembilan.
“Kemalangan itu pada 3 Oktober 2017 dan kini anak bongsu pada 9 Oktober. Malah masa kejadian itu juga hampir sama,” katanya.
Jenazah Khairil Anwar dijangka tiba di Masjid Nurul Hidayah Kampung Pandan kira-kira jam 4 petang sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana, Ampang.
NAHAS UITM : 3 PELAJAR UiTM MAUT
Terdahulu dilaporkan, Tiga pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Dungun maut manakala seorang parah apabila sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) merempuh dua buah motosikal dinaiki mereka di Jalan Pantai Sura, di sini pada Rabu.
Mangsa yang maut dikenali sebagai Khairil Anwar Jamaludin, Muhammad Akmal Md Tukirin, Ku Adib Aizad Ku Azmi, masing-masing berusia lingkungan 20-an manakala Muhammad Ammar Danish Mohammad Ridwan, 20 mengalami kecederaan parah.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Dungun, Sharizal Shamsudin berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian jam 7.26 malam.
Katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian terdapat tiga buah kenderaan terlibat kemalangan iaitu sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Honda CRV, Yamaha LC 135 dan Yamaha Y15.
“Pemandu SUV iaitu seorang wanita dewasa mengalami kecederaan telah berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum pasukan bomba tiba di lokasi kejadian.
“Dua lelaki yang juga penunggang dan pembonceng motosikal Yamaha LC 135 disahkan meninggal dunia dilokasi oleh pihak kesihatan.
“Seorang lagi mangsa yang menaiki Yamaha Y15 meninggal dunia. Manakala seorang lagi cedera parah dan dihantar ke hospital Dungun untuk mendapatkan rawatan,” katanya di sini pada Rabu.
Difahamkan, ketika kejadian. Kesemua mangsa menaiki motosikal selepas pulang dari riadah dan makan malam sebelum dirempuh SUV dipandu wanita berusia lingkungan 40- an.
PEMANDU WANITA DIREMAN
Pemandu wanita yang merempuh empat pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Dungun sehingga menyebabkan tiga daripadanya maut dan seorang cedera parah dipercayai tidak siuman.
Timbalan Ketua Polis Terengganu. Datuk Wan Rukman Wan Hassan berkata. Pihak polis menerima laporan kemalangan jam 7.35 malam di hadapan kampus berkenaan di Kampung Sura Hujung, Dungun pada Rabu.
Menurutnya, kemalangan tersebut melibatkan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Honda CRV dan dua buah motosikal Yamaha jenis Yamaha Y15ZR dan Yamaha 135 LC.
JENAZAH DITUNTUT AHLI KELUARGA
Jenazah ketiga-tiga pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun yang maut dirempuh sebuah Honda CRV berhampiran universiti itu pada malam Rabu selesai dituntut ahli keluarga pada Khamis.
Proses bedah siasat mangsa selesai di lakukan di Unit Forensik Hospital Dungun, kira-kira jam 9 pagi tadi.
Suasana pilu menyelubungi kawasan hospital itu yang dihadiri lebih 50 ahli keluarga mangsa termasuk kakitangan universiti berkenaan.
Sepanjang proses menunggu jenazah. Kelihatan ahli keluarga ketiga-tiga mangsa berpelukan dan mengalirkan air mata kerana tidak mampu menahan sebak.
Jenazah mangsa yang telah dimandikan dan dikafankan di unit forensik itu kemudian dibawa ke Masjid UiTM Dungun. Untuk disembahyangkan kira-kira jam 10.10 pagi dan selesai jam 10.45 pagi. Nahas Uitm.
Sumber : SH