NGERI. 8 Cincin Melekat Pada Jari.

| July 25, 2020 | 0 Comments

NGERI. 8 Cincin Melekat Pada Jari. | Seorang lelaki terpaksa menahan kesakitan lebih tiga jam ketika anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Andalas memotong lapan cincin di jarinya yang dipakai sejak sekian lama.

 

Menurut Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd Noor, bomba menerima panggilan bagi memotong cincin itu daripada Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), 3.56 pagi tadi.

“Sebaik tiba di lokasi, pihak hospital memaklumkan terdapat lapan bentuk cincin di jari kanan dan kiri seorang lelaki berusia 41 tahun.

“Bomba mendapati mangsa di Zon Kuning HTAR itu dalam keadaan tangan yang sudah berdarah dan segera menjalankan operasi memotong cincin terbabit.

“Anggota bomba memotong lapan cincin di tangan kiri dan kanan menggunakan peralatan khas dan operasi itu mengambil masa kira-kira tiga jam lebih,” katanya ketiga dihubungi.

Hafisham berkata, kekurangan peralatan sesuai menyebabkan pihak HTAR terpaksa mendapatkan bantuan bomba untuk memotongnya.

Cincin Lekat Pada Jari

“Bomba difahamkan mangsa adalah seorang gelandangan yang dibawa oleh orang awam ke hospital untuk tujuan itu,” katanya.

Sumber : MyMetro

Tags: , , , ,

Category: INFORMASI, PELIK

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *