Customize Consent Preferences

We use cookies to help you navigate efficiently and perform certain functions. You will find detailed information about all cookies under each consent category below.

The cookies that are categorized as "Necessary" are stored on your browser as they are essential for enabling the basic functionalities of the site. ... 

Always Active

Necessary cookies are required to enable the basic features of this site, such as providing secure log-in or adjusting your consent preferences. These cookies do not store any personally identifiable data.

No cookies to display.

Functional cookies help perform certain functionalities like sharing the content of the website on social media platforms, collecting feedback, and other third-party features.

No cookies to display.

Analytical cookies are used to understand how visitors interact with the website. These cookies help provide information on metrics such as the number of visitors, bounce rate, traffic source, etc.

No cookies to display.

Performance cookies are used to understand and analyze the key performance indexes of the website which helps in delivering a better user experience for the visitors.

No cookies to display.

Advertisement cookies are used to provide visitors with customized advertisements based on the pages you visited previously and to analyze the effectiveness of the ad campaigns.

No cookies to display.

NGERI. Remaja Orang Asli Diserang Beruang Ketika Mencari Kayu. | Sungai Siput: Remaja Orang Asli cedera selepas diserang binatang buas dipercayai beruang ketika mencari kayu di hutan berhampiran rumahnya dekat Lasah, di sini, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintendan Mohd Khaizam Ahmad Shahabuddin berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu kira-kira jam 4 petang tadi oleh anggota Balai Polis Lintang.

Beliau berkata, maklumat pertama diperoleh bersumberkan anggota terbabit yang kebetulan terlihat remaja lelaki itu dalam keadaan mengalami luka teruk ketika dibawa ke Klinik Kesihatan berhampiran.

Mohd Khaizam berkata, berdasarkan penceritaan mangsa berusia 18 tahun itu, dia mendakwa diserang binatang buas.

“Keadaan mangsa luka teruk termasuk terdapat koyakan kulit daripada kesan cakaran pada kepala serta tangan namun tidak mengalami sebarang kepatahan dalaman. Mangsa mengatakan dia diserang haiwan buas namun dia sendiri pun tidak pasti haiwan apa.

“Cuma berdasarkan gambaran diberikan mangsa, kita syak mungkin ianya adalah beruang,” katanya sewaktu dihubungi malam ini.

Mohd Khaizam berkata, keadaan mangsa kini stabil namun kesnya dirujuk ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh untuk rawatan lanjut.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak, Yusof Shariff ketika dihubungi berkata, pihaknya juga masih dalam proses mengenal pasti spesis haiwan buas yang menyerang mangsa.

Beliau berkata, pihaknya juga sudah mengarahkan anggotanya untuk pergi ke lokasi mangsa diserang pada pagi esok untuk siasatan dan tindakan.

“Kita bimbang jika haiwan buas itu adalah harimau kumbang jika mengarahkan kakitangan Perhilitan ke sana pada malam ini juga yang sekali gus membahayakan mereka.

“Perhilitan akan siasat perkara ini. Jadi buat sementara waktu, kita minta penduduk agar berhati-hati dan jangan bersendirian ketika ke kawasan semak atau hutan kawasan itu,” katanya.

Sumber : HM

Share.

Leave A Reply