‘Kreativiti’ seorang pemuda, Nur Syahzuan Yunus, 21, yang mahu membuat ‘prank‘ anak saudaranya sempena ulang tahun kelahiran ke-11 kanak-kanak itu, baru-baru ini, mengundang kecaman.

Apa tidaknya, hantaran video yang dikongsikan Syahzuan di aplikasi TikTok itu memaparkan anak saudaranya, Saiful Aniq Rayyan Saiful Fadhirul sebagai gelandangan sebelum dibersihkan dan menjalani ‘make over’.

Syahzuan berkata, dia tidak menjangka video itu menjadi tular hingga mencecah 2.9 juta tontonan.

“Namun, tidak menjangka pula hantaran itu boleh tular hingga mencecah 2.9 juta tontonan dan hampir 5,000 komen tak sampai 24 jam. Anak saudara saya memang tak tahu perkara itu, hanya saya dan mak dia saja yang tahu,” katanya.

@syahzuannnn

Part 2 – Happy Birthday Abang (10 Nov) #fyp #fyppp #fypgakni

♬ original sound – heysyazz – heysyazz

Disebabkan itu, Syahzuan memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia yang sudah menonton hantaran itu kerana menganggap ia kisah benar.

“Ada yang memuji, mendoakan, ada yang sudah tahu itu ia sekadar kandungan. Malah ada yang sanggup memberi bantuan dan yang paling menarik bila kebanyakannya komen ‘pulangkan air mata saya’.

“Mungkin disebabkan ayat dan gambar yang saya guna itu menjadikan mereka tertarik sehingga percaya dan terpedaya sebelum melihat orang ramai komen yang mengatakan saya menipu,” katanya.

Menurutnya, gambar anak saudaranya berbaju koyak dan kotoran itu hanyalah solekan untuk pertandingan fotografi yang disertai tahun lalu.

“Anak saudara saya tak tahu yang saya nak muat naik di TikTok. Dia cuma nampak saya sunting saja gambar dia dan tanya buat apa. Apabila dia tahu perkara sebenar, dia terkejut sebab sampai berjuta orang tengok dia. Dia pinjam telefon mak dia untuk baca komen lepas tu senyum seorang diri.

“Bila saya tanya apa perasaan, marah tu pasti tapi lebih kepada suka rasanya sebab ramai puji dia kacak. Saya dengan anak-anak saudara memang selalu ‘prank’ dan buat cabaran. Jadi, giliran dia kena ‘prank’ kali ini,” katanya.

Sebelumnya, foto anak saudaranya yang dijadikan gelandangan itu mendapat sagu hati ke-10 pada pertandingan anjuran PORT Unity Thru Art.

Sumber: Harian Metro

 

Baca Juga: Remaja Lelaki Maut Rempuh Belakang Kereta

Seorang remaja lelaki maut dalam kemalangan selepas motosikal yang ditunggang seorang diri merempuh belakang sebuah kereta di Jalan Pasir Gebu, di sini petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.52 petang itu, mangsa yang berusia 15 tahun maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Mohd. Radzi Ahmad berkata, kejadian berlaku ketika mangsa dalam perjalanan dari arah Pasir Gebu menghala ke Permatang Keriang.

“Setibanya di lokasi kejadian, motosikal mangsa telah melanggar bahagian belakang kereta sebelah kanan. Ini menyebabkan mangsa terjatuh ke laluan bertentangan sebelum dirempuh sebuah kereta.

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kepala Batas (HKB) dan bedah siasat akan dijalankan selepas menerima keputusan ujian calitan Covid-19,” katanya dalam kenyataan di sini lewat pagi tadi.

Beliau memberitahu, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sumber: KMN

Share.

Leave A Reply