Customize Consent Preferences

We use cookies to help you navigate efficiently and perform certain functions. You will find detailed information about all cookies under each consent category below.

The cookies that are categorized as "Necessary" are stored on your browser as they are essential for enabling the basic functionalities of the site. ... 

Always Active

Necessary cookies are required to enable the basic features of this site, such as providing secure log-in or adjusting your consent preferences. These cookies do not store any personally identifiable data.

No cookies to display.

Functional cookies help perform certain functionalities like sharing the content of the website on social media platforms, collecting feedback, and other third-party features.

No cookies to display.

Analytical cookies are used to understand how visitors interact with the website. These cookies help provide information on metrics such as the number of visitors, bounce rate, traffic source, etc.

No cookies to display.

Performance cookies are used to understand and analyze the key performance indexes of the website which helps in delivering a better user experience for the visitors.

No cookies to display.

Advertisement cookies are used to provide visitors with customized advertisements based on the pages you visited previously and to analyze the effectiveness of the ad campaigns.

No cookies to display.

“Orang Ramai Akan Rindu Gelagat Dan Aksi Saya Nanti”. | PETALING JAYA: Bekas ADUN Pengkalan Batu, Norhizam Hassan Baktee yakin orang ramai akan rindu gelagat dan aksinya selepas tewas pada pilihan raya negeri (PRN) Melaka.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan membuat “comeback” pada PRU15 yang dijangka diadakan pada tahun hadapan.

Norhizam berkata kekalahannya Sabtu lalu akan turut memberi kesan kepada populariti Pengkalan Batu sendiri.

“Lepas ni orang dah tak kenal Pengkalan Batu…saya yang telah popularkan Pengkalan Batu, gelagat Norhizam dalam Dewan orang akan rindu.

“Sebab orang nak tengok saya berdebat, dia akan jadi isu hangat bila Pengkalan Batu berdebat…satu Malaysia fokus.

“Ni (Sekarang) Norhizam dah tiada, siapa lagi nak jadi hero? Kita tengoklah nanti,” kata Norhizam yang sebelum ini turut diberi jolokan YB Viral.

Beliau juga dikenali sebagai “Hulk” kerana dilihat panas baran dalam mengetengahkan isu penduduk kawasannya sebelum ini.

Pada PRN Melaka Sabtu lalu, Norhizam yang bertanding sebagai calon bebas gagal mempertahankan kerusi Pengkalan Batu dalam saingan lima penjuru.

Beliau sekadar meraih 1,218 undi, dan hilang wang pertaruhan. Kerusi itu dimenangi oleh calon Barisan Nasional, Kalsom Nordin dengan 4,839 undi.

Selain Norhizam, dua ADUN lain yang turut menjadi punca pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, ialah Idris Haron dan Norazman Hassan.

Mereka masing-masing bertanding atas tiket Pakatan Harapan tetapi kalah di Asahan serta Pantai Kundor.

Walaupun tidak lagi menjadi YB mahupun Exco negeri, Norhizam tidak menyesal bersama empat ADUN lain menarik balik sokongan terhadap Ketua Menteri, Sulaiman Md Ali, sehingga mencetuskan PRN itu.

“Buat apa (saya) nak menyesal sebab letak jawatan bila bergaji besar. Siapa berani buat? Saya cabar…ada gaji besar, ada jawatan, (tapi rela) jadi orang biasa balik,” katanya.

Beliau menyifatkan kekalahannya di DUN Pengkalan Batu sebagai kerugian besar kepada pengundi.

Katanya, beliau mempertaruhkan segala keringat dan bakti sepanjang menjadi ADUN, namun rakyat masih cenderung mengundi calon berdasarkan “parti” dan bukan berdasarkan khidmat yang dicurahkannya, walaupun bertanding sebagai calon bebas.

“Kau nak calon yang mana? (Sudah tentu) yang boleh buat kerja kan? Sekarang dah ada depan mata, tetapi kenapa (pengundi) tolak (saya)?

“Maknanya, kamu masih lagi memilih parti, bukan calon,” kata beliau.

“Saya rasa tidak ada orang boleh lawan saya kerja 24 jam…makna kata, saya dah buat 100%, pengganti saya kena buat paling kurang 150% atau dua kali ganda daripada saya.

“Kalau tidak, rakyat akan menilai dan menghukum dia pada pilihan raya umum akan datang,” kata beliau.

Mengulas masa depan kerjaya politiknya menjelang PRU15, Norhizam berkata, beliau terbuka bekerjasama dengan mana-mana parti, jika khidmatnya masih diperlukan.

“Jika diperlukan tenaga dan kudrat, sekiranya mereka masih nampak saya buat kerja, saya akan buat ‘comeback’ pada PRU15. Saya sudah tunjukkan ‘track record’ baik dan berhenti pun dalam keadaan baik,” katanya.

Sumber : FMT

Share.

Leave A Reply