Peguam

Orang Terkaya Di Malaysia Datang Ofis, Permintaan Mengejutkan Peguam Ni.

“Dia kata semua bank di Malaysia, semua syarikat di Malaysia dia yang punya.”


Kami kongsikan  satu kisah pengalaman seorang peguam yang ditulis di Threads beliau. Beliau menceritakan kisah yang berlaku 8 tahun lepas.

Seorang lelaki datang ke pejabat beliau dan mengaku dirinya adalah orang terkaya di Malaysia. Jom baca kisah selanjutnya di bawah.

Nak dengar tak pengalaman jumpa orang paling menakutkan saya sepanjang bergelar peguam?

Kisahnya bermula ada seorang lelaki umur sekitar 50-an datang ke pejabat (8 tahun lepas). Dia maklumkan dia adalah orang terkaya di Malaysia, maybe dunia!. Kita dengar jelah.

Dia kata semua bank di Malaysia, semua syarikat di Malaysia dia yang punya. Dia suruh saya claim balik semua saham – saham dia disitu. Saya pun tanyalah mana dokumen menunjukkan saham/ milikan itu kepunyaannya.

Tahu dia jawab apa?

Peguam

Dia jawab dia dapat ilham milikan itu sejak tahun 1970. Masa zaman tu Bank sekian-sekian belum wujud macam sekarang kata dia lah. Partner saya dah tendang-tendang kaki saya bawah meja nak suruh jangan layan, tapi saya macam nak dengar sampai habis.

Saya siap bagitahu langkah apa nak buat nak rampas saham Bank XYZ, ABC dan lain – lain hahaha. Saya minta dokumen dan lain – lain dokumen. Dokumen tak ada, cuma surat – surat dia marah bank suruh bagi balik saham dekat dia.

 

Peguam

 

Tak lama lepas tu lelaki tu cakap, tak apa lah pasal saham tu nanti – nanti je nak buat. Dia sekarang nak claim hak masuk ke rumah dia, kerana isteri-isteri dia seramai 40 orang dalam satu rumah tak bagi dia masuk.

Tindakan apa dia boleh buat?

Saya tanya nama isteri, ic sijil nikah untuk buat apa yang sesuai. Dia sebut nama – nama isteri Rasulullah SAW sebagai nama isterinya. Katanya kesemua isterinya memang betul-betul isteri-isteri Rasulullah SAW yang dihidupkan semula. Now saya pulak tendang kaki partner saya.

 

Peguam

 

Saya terpaksa minta ic, sijil nikah, maklumat anak dan lain-lain dan janji akan baca dan hubungi beliau nanti.  Lelaki tu ulang-ulang kata dia nak masuk rumah sebab nak tidur dgn isteri-isteri dia. Saya cakap ok2, saya faham tapi nak muntah dengar.

Yang paling pelik masa dia nak keluar, dia cakap “Nurul pun boleh kalau nak kahwin dengan saya” sebab dia dapat ilham dari tahun 1970 akan bertemu saya pada hari itu.

Ok tu jelah cerita saya. Kalau pelik, komen “pelik gak jah” Lol. Nanti saya share lagi.

 

Peguam

Sumber : Threads Hafidzahhassan

Share.
Leave A Reply