Pakaian Rasmi Kontinjen Negara DIKECAM. Ini RESPON Ketua Kontinjen. | KHALIFAH MEDIA NETWORKS :Rekaan yang cantik pada pakaian rasmi kontinjen negara ke Sukan Olimpik 2024 tidak membawa sebarang erti.  Sekiranya mereka gagal menjelmakan kilauan emas sulung negara di Paris nanti.

olimpik

Ketua Kontinjen (CDM) Datuk Hamidin Mohd Amin berkata. Tema utama pakaian rasmi dihasilkan termasuk penggunaan warna emas, berbanding jingga sebelum ini. Ia bertujuan untuk membawa aura pingat yang menjadi idaman kontinjen negara pada temasya sukan berprestij dunia tersebut.

SETUJU DENGAN YONEX

“Kita sudah setuju dengan Yonex (pengeluar pakaian rasmi) untuk tunjuk warna emas. Warna jingga sudah lama sejak 2004 lagi. jadi ramai atlet sebelum ini minta Majlis Olimpik Malaysia (MOM) untuk tukar warna lain.

“MOM sudah sepakat dengan Yonex untuk tukar kepada warna emas. Kerana kita menyasarkan untuk menang pingat emas. Itu sebenarnya tema dan Yonex juga berpendapat warna emas padan dengan warna hitam. Jika warna cantik tapi tidak dapat emas atau pingat tidak guna juga,”.  Katanya kepada pemberita selepas meninjau sesi latihan pemain perseorangan wanita profesional Goh Jin Wei di sini, hari ini.

 

ISU BENDERA MALAYSIA

Beliau juga menjelaskan penggunaan bendera Malaysia di sebelah kiri pakaian rasmi tersebut yang kurang tepat seperti dibangkitkan pengguna media sosial, sebenarnya merupakan logo rasmi MOM.

“Warna jingga, emas, hitam biru semua boleh, ini logo Majlis Olimpik Malaysia bukan bendera Malaysia, jadi tiada masalah,” katanya.

Hamidin yang juga Timbalan Presiden MOM berkata rata-rata atlet negara yang bakal beraksi pada Sukan Olimpik 2024, bersetuju dengan rekaan pakaian rasmi kontinjen negara di Paris.

Dengan berbaki hampir sebulan sebelum Paris 2004 dibuka secara rasmi pada 26 Julai ini, Hamidin berkata lebih baik sekiranya semua pihak termasuk orang ramai terus memberi sokongan padu kepada kontinjen negara, pada Sukan Olimpik kali ini.

KRITIKAN DI MEDIA SOSIAL

Menyedari kritikan dilemparkan di media sosial berhubung rekaan pakaian rasmi tersebut, beliau berkata MOM mungkin membuka peluang buat orang ramai membuat rekaan mereka, bagi edisi Sukan Olimpik 2028 di Los Angeles.

olimpik

“Saya sudah hubungi Presiden MOM Tan Sri Mohamad Norza Zakaria dan pada dasarnya beliau sudah setuju masa akan datang, kita buka pada peminat untuk reka (pakaian rasmi kontinjen), kita akan pilih dan mungkin beri sagu hati,” katanya.

Dalam pada itu, beliau mengakui kesilapan menggunakan patung mannequin bagi memperagakan pakaian rasmi kontinjen negara ke Sukan Olimpik 2024 berupa baju berkolar, baju T dan jaket, yang diperkenalkan sempena sambutan Hari Olimpik di sebuah pusat beli-belah di ibu negara, pada Ahad.

Baru-baru ini, rata-rata peminat sukan tanah air di media sosial meluahkan rasa ketidakpuasan hati terhadap rekaan itu, yang didakwa sedikit terbelakang dan tidak membangkitkan semangat berbanding pakaian rasmi digunakan kontinjen negara sebelum ini. – BERNAMA

BERITA TERDAHULU

Semalam, pakaian rasmi kontinjen negara ke pelbagai temasya sukan berupa baju berkolar, baju T dan jaket. Ia diperkenalkan sempena sambutan Hari Olimpik di sebuah pusat beli-belah di ibu negara.

Bagaimanapun rata-rata peminat sukan tanah air di media sosial meluahkan rasa ketidakpuasan hati terhadap rekaan itu. Yang didakwa sedikit terbelakang dan tidak membangkitkan semangat berbanding pakaian rasmi digunakan kontinjen negara sebelum ini.

Mengulas lanjut Mohd Nazifuddin berkata. Rekaan terbaharu itu akan digunakan buat kali pertama semasa temasya Sukan Olimpik Paris 2024. Pihaknya akan mendapatkan maklum balas pemegang taruh, atlet dan pegawai sukan berhubung reaksi yang diterima mengenai pakaian berkenaan.

 

PAKAIAN INI UNTUK KE VENUE PERTANDINGAN

“Untuk sementara ini, pakaian rasmi itu akan digunakan kontinjen ke Paris. Tetapi pakaian untuk upacara pembukaan berbeza. Pakaian rasmi ini cuma untuk digunakan sewaktu temasya dalam perjalanan ke venue pertandingan,” katanya.

Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh menerusi ciapan di X menjelaskan pakaian rasmi terbaharu kontinjen negara yang dilancarkan semalam adalah di luar bidang kuasa Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Majlis Sukan Negara (MSN).

“Pakaian rasmi kontinjen Malaysia ke temasya pelbagai sukan adalah di bawah tanggungjawab MOM. Ini merupakan hasil kerjasama antara Yonex dan MOM dan ia di luar bidang kuasa KBS dan MSN,” katanya.

Pakaian rasmi kontinjen negara ke pelbagai temasya sukan dibangunkan dengan mengambil kira konsep rekaan terkini walaupun berdepan kekangan tertentu, menurut Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Datuk Mohd Nazifuddin Najib.

Beliau berkata pemilihan pakaian rasmi itu dibuat selepas MOM dan pihak penaja berbincang dan mempertimbangkan beberapa faktor antaranya kos yang perlu dikeluarkan.

“Sebenarnya kita tertakluk kepada apa yang penaja boleh berikan dalam keadaan pengehadan tertentu dan ia (juga) bergantung dengan bajet. Kalau nak terbaik atau premium, itu menjadi faktor kos kepada penaja jadi ia perlu dipertimbangkan.

“Ini bukan peruntukan daripada kerajaan atau wang daripada siapa-siapa, tetapi ihsan daripada penaja,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sukan Olimpik Paris dijadual berlangsung dari 26 Julai hingga 11 Ogos depan.

Sumber : BH

Share.

Leave A Reply