Pakcik Ni Tahan Geng RXZ. Apa Jadi Lepas Tu Buat Ramai Terharu. | KHALIFAH MEDIA NETWORKS : KUALA TERENGGANU – Walaupun acara tahunan Himpunan RXZ Members 7.0 sudah pun berakhir beberapa hari lalu. Memori sepanjang program itu masih menjadi bualan ramai. Lebih menarik, pengalaman luar jangka yang dikongsi para peserta di media sosial mencuri perhatian warganet.

Menerusi TikTok @udee_steel, tular rakaman video yang memaparkan sekumpulan penunggang motosikal RXZ diberhentikan oleh seorang penduduk kampung ketika dalam perjalanan pulang. Namun, apa yang mengejutkan, mereka bukan ditegur kerana kebisingan motosikal, sebaliknya dijemput singgah ke rumah lelaki berkenaan untuk menikmati hidangan.
TAHAN GENG RXZ JEMPUT MAKAN
“Pak cik tu kata susah nak tahan orang ajak masuk makan. Kami geng pertama yang dijemput makan di rumahnya. Alhamdulillah, rezeki,” tulis pengguna itu. Katanya lagi. Mereka dilayan dengan penuh mesra dan dalam masa sama turut memohon maaf kepada penduduk kerana bunyi ekzos motosikal yang agak bising.
Perkongsian itu segera mendapat respon positif netizen. Ramai menganggap ia bukti keramahan masyarakat Terengganu yang terkenal dengan sikap mesra tetamu. Seorang pengguna, Fitkry Yusoff, menceritakan pengalaman serupa ketika menginap di sebuah homestay. Katanya, sejak awal pagi lagi penduduk setempat sudah menghulurkan nasi lemak dan cucur sebagai tanda sambutan mesra.
PERKONGSIAN LAIN
Turut tersentuh hati ialah perkongsian Muhammad Azarul Redzuan yang sempat ditegur seorang penduduk kampung sebelum berangkat pulang. “Dia pesan balik molek, hati-hati… tahun depan mari lagi. Kita dengar pun terus sebak,” katanya.
Bagi pengguna lain, Muhammad Nurul Islam. Layanan mesra masyarakat tempatan inilah yang menjadi daya tarikan sebenar RXZ Members setiap tahun, bukan sekadar suasana meriah di tapak acara.
Himpunan RXZ Members 7.0 yang berlangsung di Litar Permotoran Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Nerus pada 23 hingga 24 Ogos lalu merekodkan kehadiran sekitar 150,000 peserta. Angka itu menjadikan edisi kali ini sebagai yang terbesar dan paling berjaya sejak dianjurkan.
Jelas, bukan sahaja motosikal RXZ yang menjadi simbol nostalgia, malah keramahan dan budaya masyarakat Terengganu turut menjadi memori indah yang sukar dilupakan peserta.
@udee_stell Kita jmpa tahun depan yer orang terengganu 🫡 #fyp #rxz #bismillahfyp ♬ original sound – Farhanmustapha
Sumber Video : TT udee_stell



