Pantang Maut Sebelum Ajal. Pemandu Wanita Hanya Cedera Ringan.

| July 9, 2021 | 0 Comments

Pantang Maut Sebelum Ajal. Pemandu Wanita Hanya Cedera Ringan.| KEPALA BATAS: Berpantang maut sebelum ajal.

Itu gambaran tepat buat seorang suri rumah yang hanya mengalami kecederaan ringan selepas terbabit dalam kemalangan meskipun kereta yang dinaikinya remuk teruk.

Kemalangan itu berlaku di Jalan Permatang Buloh, dekat sini kira-kira pukul 11.30 pagi ini melibatkan seorang wanita berusia 50 tahun.

Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor, ketika kejadian kereta jenis Perodua Viva dinaiki mangsa sedang menuju ke Kepala Batas dari arah Jalan Permatang Tiga.

Bagaimanapun menurutnya, ketika tiba di lokasi kejadian, mangsa dikatakan melanggar belakang sebuah lori sampah yang berhenti di sebelah kiri jalan.

“Akibat pelanggaran itu, kenderaan mangsa telah berpusing sebelum terbabas ke dalam parit.

“Bagaimanapun, mangsa terselamat dan hanya mengalami luka pada kedua-dua belah tangan, kaki, kepala serta sakit di bahagian dada dan seluruh badan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Noorzainy berkata, mangsa dikejarkan ke Hospital Kepala Batas untuk mendapatkan rawatan lanjut dan kes disiasat mengikut Peraturan 10 LN 166/59 Kaedah-Kaedah Lalu-Lintas 1959.

Sumber : UM

Tags: , , , , , ,

Category: INFORMASI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *