Imam DEDAH Pasangan Tular Menghilangkan Diri. | KHALIFAH MEDIA NETWORKS : Kecoh baru-baru ini tentang sepasang ‘suami isteri’ yang tular membawa seorang bayi dengan alat bantuan pernafasan. Pelbagai cerita sebenar timbul dan didedahkan.

Pasangan

Hari ini Imam masjid di kampung berkenaan mendedahkan bahawa pasangan itu sudah menghilangkan diri.

Pasangan yang membawa bayi lelaki berusia 11 bulan menunggang motosikal dengan memakai alat pernafasan yang tular baru-baru ini dipercayai sudah menghilangkan diri.

Pihak media cuba menghubungi mereka namun kedua-duanya tidak menjawab panggilan malah turut mematikan talian.

 

PIHAK MASJID PANTAU RUMAH

Pengerusi Qariah Masjid Al Maarufi, Seberang Kota Kuala Kedah, Muhammad Hazamer Mualim berkata, pihaknya turut memantau kawasan rumah lelaki berusia 35 tahun itu namun didapati dia gagal dikesan.

Beliau berkata, hanya ibunya yang menghidap angin ahmar berada di rumah itu seorang diri namun dipantau oleh jiran berhampiran.

“Pejabat Agama Daerah sudah memberi kebenaran supaya saya memaklumkan kepada pasangan itu untuk menyerahkan dokumen bagi memudahkan proses pernikahan dijalankan.

“Namun sehingga ini, saya tidak menerima apa-apa dokumen daripada mereka dan mereka dipercayai sudah menghilangkan diri,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Muhammad Hazamer berkata, pihaknya tidak mempunyai sebarang masalah untuk menikahkan mereka tetapi perlu menyediakan dokumen lengkap sebelum melaksanakannya.

 

PERNAH TULAR

Media pada 9 Jun tahun 2016 lalu pernah menyiarkan kisah wanita berusia 35 tahun itu bersama anak lelaki ketiganya yang ketika itu berusia lapan bulan yang menghidap pneumonia, chronic obstructive pulmonary disease (COPD) dan asma (lelah).

Hasil laporan media berkenaan, wanita itu menerima banyak sumbangan daripada orang ramai yang bersimpati dengan nasib yang menimpa anaknya itu.

Bagaimanapun, kisah wanita itu ditularkan semula Ahad lalu. Selepas dia dan pasangannya membawa anak mereka yang menghidap paru-paru kronik dengan memakai alat pernafasan menaiki motosikal ke hospital.

Kisah mereka itu turut mendapat perhatian orang ramai termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Jika anda nak tahu tempat percutian yang menarik boleh ke website kami : TEMPAT PERCUTIAN

Sumber : HM

Share.

Leave A Reply