Pecah Rumah YB. Mereka Temui Result SPM Yang Mengejutkan. | KHALIFAH MEDIA NETWORKS : Krisis politik dan protes rakyat di Indonesia semakin panas apabila rumah mewah seorang ahli Parlimen, Ahmad Sahroni, diceroboh dan dijarah habis-habisan.

Lebih mengejutkan, kejadian berlaku ketika Sahroni yang digelar “Crazy Rich Tanjung Priok” dipercayai berada di luar negara. Ramai netizen mendakwa beliau sudah terbang ke Singapura.
Rumah seorang ahli parlimen Indonesia, Ahmad Sahroni bukan setakat kena ceroboh… tapi kena jarah habis-habisan dengan laungan duit rakyat! Barang dalam rumah kena kebas macam player tengah loot dalam zon merah!
Apa yang buat cerita ni lebih ‘epik’ ialah waktu kejadian ni berlaku, Ahmad Sahroni dipercayai dah lari keluar negara.
Ramai dakwa dia dah fly ke Singapura. Tapi itu belum cukup buat rakyat reda sebab kemarahan orang ramai sebenarnya berpunca dari mulut dia sendiri.
Jadi apa puncanya sampai rumah kena serang?
Semuanya bermula bila Sahroni yang juga ahli Komisi I DPR dari parti NasDem buat kenyataan angkuh bila rakyat mula kritik cadangan kenaikan elaun ahli parlimen.
Dia jawab dengan sinis, siap panggil rakyat yang kritik tu sebagai “orang tolol sedunia”. Siapa tak menyirap?
Negara tengah bergolak dengan protes, rakyat susah, inflasi tinggi tiba-tiba ada YB yang bergaya dengan Iron Man full scale dalam rumah dia kutuk rakyat pula tu.
Masa tu jugalah influencer popular, Salsa Erwina dari Denmark cabar dia untuk debat terbuka. Tapi Sahroni tolak mentah-mentah.
Rakyat pun naik angin. Apa jadi seterusnya bagaikan babak klimaks filem aksi. Ribuan orang mula berhimpun di rumah Sahroni di Tanjung Priok, Jakarta Utara.
Mereka ceroboh masuk, rempuh pagar dan mula jarah habis-habisan. Ikut laporan media tempatan, antara barang yang hilang:
• Patung Iron Man Mark 7 saiz sebenar bernilai RM288,000
• Jam tangan mewah Richard Mille McLaren RM40-01 bernilai RM11.7 juta
• Beg Hermes dan Louis Vuitton
• Piano, PS5, Macbook, TV, figurine F1, koleksi Air Jordan
• Bahkan dokumen peribadi macam sijil tanah, ijazah, SKCK, sampai kad keluarga pun hilang!
• Spender pun kena kebas!

‘Ijazah Bocor’ Jadi Bahan Gelak Netizen
Paling mengejutkan? Tular ‘ijazah’ atau dokumen akademik Sahroni yang dikatakan gagal banyak subjek semasa zaman persekolahan. Dia punya result tu majoriti subjeknya ibarat dapat C je dalam SPM.
Netizen Indonesia mula tanya, “Dah la panggil orang tolol, macam mana orang macam ni boleh jadi pemimpin?”
Ada yang sempat rakam dan livestream kejadian tu di media sosial. Ada yang siap naik motor sambil bawa helmet Iron Man.
Yang rempuh kereta mewah Sahroni pun ramai. Tingkap pecah, bonet penyek, spoiler pun terpelanting entah ke mana. Yang paling mengejutkan? Ada yang sempat ambil katil dan tilam terus keluar!
Simbol Kemarahan Rakyat
Lurah (ketua) kawasan tu, Suratno Widodo mengesahkan kejadian dan menyatakan keadaan sangat “crowded” masa tu.
Tapi ramai rakyat Indonesia kata, itu bukan sekadar penjarahan biasa, itu adalah simbol kemarahan yang meledak terhadap elit politik yang semakin jauh dari realiti rakyat.
Dalam suasana negara sedang bergolak dengan protes besar-besaran akibat kematian seorang rider ojol (ojek online) yang dilanggar kenderaan polis semasa demo, rakyat makin hilang kepercayaan terhadap institusi parlimen.
Kebetulan pulak Sahroni ni juga yang lawat Sydney masa rakyat tengah protes besar-besaran kat tanah air. Tu yang makin menyemarakkan api kemarahan.
Sekarang, media dan rakyat mula tanya kenapa tak ada seorang pun pemimpin yang tampil bertanggungjawab? Kenapa parlimen enggan berjumpa dengan wakil demonstrasi sebelum ini?
Kenapa ahli politik boleh kaya gila sampai ada patung Iron Man ratus ribu, tapi rakyat bawah makan pun berkira?
Ahmad Sahroni yang dulu sering digelar “Crazy Rich Tanjung Priok” kini jadi simbol kebencian terhadap kemewahan politikus yang tak berpijak di bumi nyata.
Soalan sekarang, apa akan jadi seterusnya?
Adakah rumah-rumah elit politik lain akan jadi sasaran? Adakah kerajaan akan ambil tindakan terhadap rakyat yang merempuh rumah?
Atau adakah ini satu isyarat awal bahawa sistem demokrasi Indonesia sedang retak dan perlukan reformasi total?
Dan paling penting, bila ahli parlimen sendiri tak hormat rakyat, jangan pelik kalau rakyat mula cari keadilan dengan tangan sendiri.
Sumber : FB The Patriots Studios



