Peguam Soal Bagaimana Ubat Antisawan Boleh Ada Dalam Tubuh Zara Qairina. | KHALIFAH MEDIA NETWORKS : Kota Kinabalu: Mahkamah Koroner, di sini. Diberitahu Phenytoin yang ditemui dalam tisu buah pinggang Allahyarham Zara Qairina Mahathir adalah ubat yang digunakan untuk mencegah sawan.

Pakar Patologi Hospital Queen Elizabeth (HQE). Dr Jessie Hiu dalam keterangannya ketika inkues kematian Zara Qairina petang ini. Bagaimanapun menyatakan tidak pasti sama ada ubat antisawan itu diberikan ketika arwah dibawa ke HQE pada 16 Julai lalu.
Perkara itu ditanya peguam Datuk Ram Singh yang mewakili seorang daripada lima tertuduh kanak-kanak berdasarkan kenyataan saksi Dr Jessie yang menyebut mengenai nama ubat berkenaan semalam.
LAPORAN BEDAH SIASAT
“Dalam laporan bedah siasat anda di perenggan 29 (berhubung analisis toksikologi yang mengesan Phenytoin dalam tisu buah pinggang). Adakah anda tahu bahawa rawatan ke atas si mati hanya diberikan selepas dia dibawa ke hospital?” soalnya.
Dr Jessie menjawab: “Saya tidak tahu. Doktor yang merawat memaklumkan kepada saya bahawa mereka lazimnya memberikan Phenytoin sebagai profilaksis kepada pesakit kecederaan otak traumatik yang serius.”
Ram Singh kemudian menyoal lanjut sama ada beliau mempunyai akses kepada rekod perubatan si mati sebelum menyediakan laporan bedah siasat.
Dr Jessie menjelaskan bahawa selain rekod bertarikh 16 hingga 17 Julai, beliau tidak dapat memperoleh rekod hospital yang lebih awal.
SERAHKAN KEPADA MAHKAMAH KORONER
Pakar Patologi Hospital Queen Elizabeth (HQE). Dr Jessie Hiu menyerahkan kepada Mahkamah Koroner untuk menentukan sama Allahyarham Zara Qairina Mahathir jatuh kerana membunuh diri atau atas kerelaan sendiri.
Beliau menyatakan perkara itu ketika menjawab pertanyaan peguam Datuk Ram Singh yang mewakili seorang daripada lima tertuduh remaja yang berdepan pertuduhan buli di Mahkamah Kanak-Kanak.
Dr Jessie yang menyambung keterangan sebagai saksi pertama inkues kematian arwah Zara Qairina petang ini. Dia enggan menjawab soalan Ram Singh, sebaliknya membiarkan mahkamah yang menentukannya.
Ram Singh: Jika ia bukan disebabkan kemalangan atau ditolak. Ketika berdiri atau duduk di palang besi, adakah kemungkinan dia jatuh atas kemungkinan sendiri?
Dr Jessie: Itu terserah kepada mahkamah menentukan.
Ram Singh: Apa definisi yang digunakan dalam situasi itu, bahawa si mati melakukannya sebagai bunuh diri?
Dr Jessie: Sama, itu terserah kepada mahkamah menentukannya.
Pertanyaan itu mengakhiri prosiding inkues membabitkan Dr Jessie pada hari ini. Sebelum disambung semula pada Isnin depan dengan saksi dari Jabatan Kimia dijangka dipanggil memberi keterangan.



