Pelanggan Restoran Terkejut Seorang Lelaki Tiba-Tiba Rebah.

| July 8, 2021 | 0 Comments

Pelanggan Restoran Terkejut Seorang Lelaki Tiba-Tiba Rebah. | PENAMPANG – Pelanggan sebuah restoran di sini gempar apabila dikejutkan dengan seorang lelaki yang tiba-tiba rebah lalu meninggal dunia dalam kejadian di pekan Donggongon semalam.

Lelaki berusia 61 tahun tersebut disahkan meninggal dunia pada pukul 1.30 tengah hari oleh petugas perubatan yang tiba sebaik menerima panggilan mengenai kejadian tersebut.

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim berkata, siasatan di tempat kejadian mendapati mangsa adalah seorang gelandangan berasal dari Kampung Lubang Batu Mandahan, Papar.

“Bagaimanapun, punca kematian mangsa masih belum diketahui.

“Mangsa kemudian dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu untuk tujuan bedah siasat,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mohd Haris berkata, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Sementara itu, beliau meminta ramai awam yang mempunyai maklumat mengenai waris mangsa boleh berhubung dengan pengawai penyiasat IPD Penampang, Sarjan Mejar (SM) Patrick Duffy Francis Dicka di talian 0138385335.

Sumber : Kosmo

Tags: , , , , , ,

Category: INFORMASI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *